Adakah anda sudah menjadi salah satu daripada vendor makanan di Safer Food? Jika belum, pastikan anda mendaftar dan mengisi maklumat perniagaan anda. Safer sedang menjalankan promosi terhebat di mana anda boleh berniaga makanan menerusi platform online tanpa dikenakan apa-apa caj penolakan komisen. Disebabkan itu, anda boleh mendapatkan keuntungan penuh jika berniaga menerusi Safer!

Promosi ini merupakan salah satu inisiatif yang telah digerakkan oleh pihak Safer untuk membantu golongan peniaga khususnya peniaga kecil. Oleh itu, jika anda merupakan pemilik kepada perniagaan kecil-kecilan dan berminat untuk menceburi dunia perniagaan dalam talian. Pendaftaran bersama Safer boleh dilakukan secara percuma sahaja!

Anda tidak perlu bimbang dengan kadar penolakan komisen! Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftarkan perniagaan anda dan tunggu pesanan yang akan masuk. Semasa pendaftaran, anda dikenakan untuk mengemukakan beberapa dokumen dan butiran penting. Jika anda berhasil untuk melengkapkan segala dokumen dan butiran, akaun perniagaan Safer anda akan boleh diaktifkan dalam masa 24 jam sahaja.

Antara dokumen dan butiran yang diperlukan:

  • Kad pengenalan peniaga
  • Lesen perniagaan
  • Lesen SSM
  • Sijil Halal (diwajibkan kepada peniaga bukan muslim)
  • Waktu perniagaan beroperasi
  • Lokasi premis perniagaan
  • Menu makanan berserta gambar
  • Harga makanan
  • Akaun bank perniagaan
BACA JUGA :   Safer Delivery - Perkhidmatan Penghantaran Barangan

Dokumen dan butiran yang diperlukan semuanya perlu dikemukakan secara dalam talian sahaja. Anda boleh mendaftar dan melampirkan segala butiran menerusi laman sesawang rasmi Safer atau aplikasi untuk Food Merchant. Dengan cara ini, anda tidak perlu untuk menguruskan pendaftaran secara fizikal yang mungkin mengambil masa atau meremehkan.

Antara kelebihan jika anda berniaga bersama Safer adalah anda boleh menetapkan waktu operasi tersendiri. Anda boleh memilih untuk menerima pesanan pada waktu-waktu tertentu atau sebaliknya. Safer juga menawarkan rakan penghantar atau delivery partner yang akan menghantarkan pesanan makanan pengguna.

Dengan itu, peniaga hanya perlu menyiapkan pesanan dan menunggu rakan penghantar untuk menghantar pesanan tersebut. Pesanan akan diterima oleh peniaga menerusi aplikasi Safer untuk Food Merchant. Aplikasi ini boleh dikatakan sebagai one-stop-center kepada vendor Safer.

Para vendor yang sudah mendaftar boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyemak data dan menganalisis transaksi yang telah dijalankan oleh perniagaan menerusi Safer. Akaun perniagaan vendor di Safer juga akan dipegang sepenuhnya oleh pihak peniaga. Jika peniaga mahu mendapatkan bantuan semasa pendaftaran atau bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini, peniaga boleh mengikuti kelas yang telah dianjurkan oleh Safer Food.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Lebih Banyak Sebagai Safer Delivery Partner & Driver

Kelas ini perlu ditempah masanya terlebih dahulu dan anda boleh sertainya secara dalam talian. Penempahan kelas boleh dilakukan menerusi borang permohonan yang berikut.

Klik pautan untuk mendaftar kelas bersama Safer Food: https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

Safer turut menawarkan peluang kepada peniaga untuk mempromosikan perniagaan secara dalam talian. Promosi ini dipanggil sebagai ‘Safer Promote Vendor’ di mana perniagaan peniaga akan dipromosikan di seluruh media sosial milik Safer. Pelbagai tawaran menarik yang telah dianjurkan oleh pihak Safer. Oleh itu, pastikan anda mendaftar sekarang menerusi mana-mana cara di bawah.

Pendaftaran melalui laman web

https://www.safer.my/sign-up-restaurant 

Pendaftaran melalui aplikasi Safer Food Merchant

Jika anda memerlukan bantuan segera, anda boleh berhubung dengan pihak Safer menerusi mana-mana platform khidmat pelanggan dan media sosial Safer. Pihak Safer boleh dihuungi menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here