Anda menyimpan impian untuk memasuki mana-mana universiti terbaik di Mesir? Mempunyai impian yang tinggi untuk menimba ilmu di kota yang penuh dengan sejarah masa lalu perkembangan Islam? Siap sedia untuk mendaftar permohonan kemasukan ke universiti di Mesir sekarang!
Permohonan pendaftaran telah dibuka bagi sesi 2021/2022 untuk pelajar lepasan SPM, STAM dan Diploma Qiraat. Disebabkan syarat kelayakan yang agak ketat, para pelajar dinasihatkan untuk bersedia dengan lebih awal.
Syarat kelayakan untuk memasuki universiti di Mesir dalam bidang pergigian dan farmasi adalah:
-
-
- SPM – Memperoleh sekurang-kurangnya B bagi semua subjek terutama Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan dan mengambil Bahasa Arab.
-
Syarat kelayakan untuk sambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam pula adalah:
-
-
- SPM – Memperoleh sekurang-kurang B bagi semua subjek termasuk Syariah Islamiah, dan Pendidikan Al-Quran Sunnah.
- STAM – Lulus dengan pangkat Jayyid
- Diploma Qiraat – Lulusan Muafaqah Amniyah @ Ikhtibar Lughawi
-
Untuk pengetahuan awal, permohonan akan ditutup setelah tujuh hari keputusan peperiksaan SPM, STAM dan Diploma Qiraat keluar. Disebabkan permohonan adalah sangat ketat, pelajar dikehendaki untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut yang boleh diperoleh menerusi Daulah Educonsult.
Antara pilihan universiti yang menawarkan bidang Pergigian ialah:
-
- Al-Azhar University
- Alexandria University
- Ain-Shams University
Universiti yang menawarkan bidang Farmasi:
-
- Alexandria University
- Zagazig University
Universiti yang menawarkan bidang Pengajian Islam:
-
- Al-Azhar University
Bagi setiap bidang pengajian, yuran yang dikenakan adalah berbeza. Untuk mendapatkan maklumat penuh berkenaan yuran dan proses pendaftaran, anda boleh mendapatkan maklumat menerusi pihak Daulah Educonsult. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Selain membuka tawaran untuk permohonan ke universiti di Mesir. Daulah Educonsult juga membuka tawaran permohonan untuk ke negara lain seperti Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai bidang yang ditawarkan antaranya perubatan, veterinar, pengurusan perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain. Segala maklumat boleh diperoleh menerusi konsultan Daulah Educonsult.