Perkhidmatan Safer Food

Anda sedang bekerja dari rumah dan tidak sempat untuk membeli barang dapur kerana kedai ditutup lebih awal semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0? Jangan bimbang. Safer sedia membantu anda dengan menawarkan perkhidmatan pembelian makanan secara dalam talian. Perkhidmatan ini ditawarkan di bawah pilihan perkhidmatan Safer Food.

Safer Food mempunyai pelbagai jenis makanan daripada pelbagai jenis kedai makan. Bukan sekadar makanan yang disediakan di restoran, Safer Food turut menawarkan pilihan makanan dari jenis peniaga home-kitchen, food-truck, warung dan lain-lain lagi. Pilihan vendor makanan di Safer adalah mereka yang berniaga makanan secara kecil-kecilan.

Jadi, lebih banyak pilihan makanan yang akan anda temui menerusi perkhidmatan Safer Food di dalam aplikasi Safer. Disebabkan kita digalakkan untuk kekal di rumah jika tiada urusan penting, pilihan untuk membeli makanan secara dalam talian adalah pilihan yang tepat. Safer menjadi salah satu di antara platform penghantaran makanan dalam talian yang memberikan kepuasan kepada penggunanya.

Apa yang anda perlu lakukan untuk melakukan pembelian makanan secara dalam talian adalah anda perlu memuat turun aplikasi Safer. Log masuk ke dalam akaun pengguna anda. Pilih pada Safer Food, dan cari kedai yang mempunyai pilihan makanan yang anda mahukan. Pilihan makanan adalah pelbagai dan anda boleh mendapatkannya dengan harga yang sangat berpatutan.

Perkhidmatan yang ditawarkan Safer

Selain menggunakan Safer Food, Safer turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan lain seperti Safer Delivery, Safer Ride, Safer Swift dan Safer Concierge. Berikut adalah sedikit penerangan ringkas berkenaan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer.

BACA JUGA :   Daftar Segera Sebagai User Safer - Perkhidmatan E-hailing

Safer Delivery – Menawarkan khidmat penghantaran barangan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Terdapat dua jenis pilihan penghantaran iaitu Single Delivery dan Multiple Delivery. Single merujuk kepada penghantaran kepada satu lokasi sahaja manakala Multiple merujuk kepada penghantaran ke banyak lokasi berlainan.

Safer Ride – Perkhidmatan ini merupakan jenis perkhidmatan e-hailing. Terdapat beberapa pilihan kategori yang ada mengikut jenis kereta dan keperluan semasa penempahan dilakukan. Lihat gambar di bawah untuk rujukan penuh.

Safer Swift – Ia menawarkan jenis perkhidmatan yang sama seperti Safer Ride, namun penggunaan kenderaan adalah berbeza iaitu menggunakan motosikal. Ia diinspirasikan daripada perkhidmatan ‘Ojek’ yang telah ditawarkan di Indonesia.

Safer Concierge – Keperluan untuk mendapatkan pembantu peribadi dalam masa yang singkat boleh diperoleh menggunakan Safer Concierge. Perkhidmatan ini menawarkan khidmat bimbingan dan bantuan yang perlukan oleh pengguna untuk melakukan sesuatu perkara mengikut perjanjian. Bayaran yang dikenakan adalah mengikut tempoh iaitu mengikut jam.

Semua perkhidmatan yang telah ditawarkan ini boleh dipesan menerusi aplikasi Safer. Aplikasi Safer boleh diperoleh menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Sebelum menempah mana-mana perkhidmatan Safer, anda digalakkan untuk mendaftar akaun sebagai pengguna terlebih dahulu untuk memudahkan urusan transaksi. Pendaftaran akaun boleh dilakukan menerusi pautan https://tinyurl.com/y6u9r4f5.

BACA JUGA :   Safer Delivery Menghantar Barangan Pada Bila-Bila Masa
Muat turun aplikasi SAFER di telefon pintar anda sekarang!

Safer turut menawarkan kaedah pembayaran seperti Cash-On-Delivery dan perbankan internet. Bukan sekadar itu, Safer juga mempunyai e-wallet yang boleh digunakan untuk memudahkan urusan pembayaran pengguna Safer. Anda digalakkan untuk menggunakan pembayaran jenis e-wallet untuk mengurangkan kontak. Apabila pesanan atau barangan anda tiba, anda boleh menawarkan cecair pembasmi kuman kepada rakan penghantar.

Pendapatan Pasif Menerusi Aplikasi Safer

Anda mahu menjana pendapatan sampingan menerusi aplikasi Safer? Jom daftar segera dan kongsikan referral code anda kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer. Dengan cara ini, anda boleh terima pulangan sebanyak 1% daripada nilai transaksi yang telah dilakukan oleh pendaftar referral.

Lebih ramai yang mendaftar akaun Safer menggunakan kod anda, lebih banyak peluang pendapatan pasif yang boleh anda terima. Safer tidak mengehadkan apa-apa jenis perkongsian yang dilakukan oleh pengguna. Oleh itu, manfaatkan peluang jana pendapatan tambahan dan gunakan perkhidmatan Safer!

Anda mempunyai sebarang permasalahan atau pertanyaan, pihak Safer boleh dicapai menerusi platform:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here