Anda mempunyai gerai makan? Trak makanan? Berniaga dari rumah? Atau mempunyai kedai makanan yang tersendiri? Ayuh mula berniaga menerusi platform dalam talian bersama Safer sekarang!

Safer membuka peluang kepada para peniaga kecil di luar sana untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian. Pendaftaran untuk menjadi vendor di Safer Food Merchant adalah percuma. Jadi, para peniaga boleh memberikan maklumat dengan lengkap supaya akaun peniaga dapat diaktifkan di Safer Food Merchant.

Antara dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran adalah:

      • Kad pengenalan
      • Lesen perniagaan
      • Lesen SSM
      • Sijil Halal (Diwajibkan kepada peniaga bukan Muslim)

Semasa pendaftaran dilakukan, peniaga perlu mengemukakan juga beberapa butiran berkenaan perniagaan seperti:

      • Lokasi perniagaan
      • Masa perniagaan beroperasi (Hari dan waktu)
      • Menu berserta gambar makanan
      • Harga makanan
      • Akaun bank

Setelah melengkapkan kesemua dokumen dan butiran yang diminta, peniaga perlu menunggu sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pengaktifan akaun dapat dilakukan. Pihak Safer akan meneliti maklumat terlebih dahulu dan akan berhubung dengan peniaga menerusi e-mel atau nombor yang berkaitan.

BACA JUGA :   Barang Dapur Tak Sempat Nak Beli? Pesan Saja Makanan Di Safer Food!

Jika anda mempunyai masalah atau tidak memahami letak atur, Safer Food mempunyai kelas untuk para peniaga menerusi kelas bersama Safer Food. Berikut merupakan pautan untuk mendaftar sebagai peniaga di Safer Food dan pautan untuk mendaftar kelas.

Pautan pendaftaran sebagai vendor di Safer Food
https://www.safer.my/sign-up-restaurant
Pautan untuk menempah kelas bersama Safer Food
https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

Vendor makanan dan peniaga di Safer Food akan menggunakan aplikasi yang disediakan khas untuk digunakan para peniaga. Melalui aplikasi ini, peniaga akan menerima pesanan daripada pengguna Safer dan boleh mendapatkan analisis transaksi yang telah dilakukan oleh peniaga.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Selain itu, peniaga boleh menetapkan tetapan seperti peniaga mahu menerima pesanan melalui online pada masa perniagaan atau tidak.

BACA JUGA :   Pendapatan Aktif Dan Pasif Dapat Dijana Serentak Dengan Menjadi Rakan Pemandu Dan Penghantar.

Vendor di Safer Food juga bakal menerima promosi terhebat yang dijalankan oleh Safer iaitu promosi ‘Zero Commission’. Peniaga tidak akan dikenakan apa-apa caj penolakan komisen sepanjang menjalankan urusan di Safer semasa tempoh promosi berlangsung. Oleh itu, bagi anda yang masih belum mendaftar sebagai vendor Safer, anda boleh mendaftar sekarang!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau apa-apa maklum balas. Peniaga boleh terus berurusan dengan pihak Safer menerusi:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here