Anda berminat untuk mendalami bidang Kejuruteraan Pesawat? Ayuh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Moscow Aviation Institute (MAI). Untuk makluman MAI terletak di bandar Moscow, Rusia. Bermula dengan hanya mempunyai 3 jabatan iaitu enjin Aeronautical, Aircraft dan Aerodynamics, ia berkembang kepada 38 jabatan pada tahun 1940.
Antara keistimewaan MAI adalah ia merupakan salah satu institusi yang dicipta untuk melatih pakar di hampir semua jabatan dan pasukan di dalam Biro Reka Bentuk industri Penerbangan. Ia juga merupakan salah sayu universiti terkemuka di dunia untuk kejuruteraan aeroangkasa.
Oleh yang demikian, jika ada di antara anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang kejuruteraan pesawat, anda boleh lakukan pendaftaran universiti bersama pihak Daulah Educonsult. Kemasukan ke MAI bagi bidang ini masih lagi dibuka bagi kemasukan pada bulan September.
Tempoh pengajian yang paling maksimum adalah selama 4 tahun. Anda tidak perlu bimbang kerana MIA merupakan sebuah institusi yang telah mendapat pengiktirafan daripada DCA, JPA, MQA dan lain-lain.
Tambahan daripada itu, yuran pengajian di MIA juga adalah berpatutan. Kemudahan untuk mendapatkan bekalan makanan seperti makanan halal juga tidak menjadi masalah. Hal ini kerana institusi tersebut betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Moscow.
Antara kemudahan yang ditawarkan di Moscow Aviation Institute adalah:
-
-
- Pusat sumber dan makmal penyelidikan
- Biro reka bentuk
- Pusat kawalan misi
- Lapangan terbang
-
Dengan adanya kemudahan yang disediakan, ia mampu untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik kepada pelajar. Bagi anda yang berminat, berikut adalah langkah untuk melakukan permohonan kemasukan ke universiti.
-
-
- Merupakan lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma/ STPM/ IB dan lain-lain lepasan setaraf.
- Mengambil subjek sains tulen dengan sekurang-kurang kredit lulus.
- Mencapai keputusan 3.0 dan ke atas.
-
Jika anda berminat untuk lakukan permohonan ke universiti, anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult. Konsultasi bersama pelajar dilakukan secara percuma sahaja. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi:
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Selain ke Moscow Aviation Institute, Rusia, Daulah Educonsult juga membuka tawaran untuk ke universiti lain di sekitar Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Tawaran bidang juga adalah berbeza, antara bidang lain yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian, farmasi, pengajian Islam, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain. Untuk mengetahui segala syarat kelayakan dan cara permohonan, anda boleh berhubung terus pihak Daulah Educonsult.