Anda berimpian untuk menjadi doktor pakar atau pengamal perubatan yang berpengalaman luas? Ayuh realisasikan impian anda dengan menjadi salah seorang penuntut di Kursk State Medical University, Rusia. Mudah dikenali sebagai KSMU, universiti ini juga mempunyai ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di sini.
KSMU mempunyai banyak kelebihan baik dari segi pembelajaran dan kemudahan di universiti. Untuk permulaan, KSMU merupakan sebuah universiti perubatan yang terletak di bandar Kursk yang berada di barat Rusia. Ia telah mula dibuka pada 1938 dan mendapat status sebagai universiti pada tahun 1994.
Ia juga telah menjadi universiti pertama di Rusia yang menawarkan pengajian program latihan Perubatan di dalam Bahasa Inggeris. Permohonan dibuka kepada semua pelajar dari seluruh negara. Antara negara yang telah menghantar pelajar mereka ke KSMU adalah negara Malaysia sendiri.
Antara sebab KSMU menjadi pilihan adalah kerana pengurusannya yang mudah dan cepat. Hal ini dikatakan kerana pihak pengurusan KSMU boleh dihubungi terus dari Malaysia. Apabila pelajar telah melakukan permohonan dengan keputusan yang diperoleh dan melakukan pembayaran booking seat, surat tawaran akan diterima dalam masa satu minggu.
Hal ini turut disokong dengan kemudahan yang pelbagai dan lengkap di sekitar kampus dan universiti. Antara kemudahan tersebut adalah perpustakaan, klinik diagnostik, tiga buah bangunan pendidikan, lima buah bangunan asrama, tiga buah gimnasium, tempat memanah, ruang makan, kafe dan lain-lain.
Mengikut pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana, makanan halal adalah mudah untuk diperoleh. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipilih para pelajar. Iklim di kawasan KSMU adalah sekitar 30 darjah celsius hingga negatif 20 darjah celsius.
Kursk State Medical University merupakan universiti Rusia yang telah mendapat pengiktirafan penuh daripada MQA, MMC, KPT bahkan organisasi dunia. Oleh yang demikian, pelajar tidak perlu berasa bimbang untuk melanjutkan pengajian di sini.
Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian di KSMU, anda boleh lakukan pendaftaran menerusi Daulah Educonsult. Permohonan bagi sesi September 2021 masih lagi dibuka. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk sambung pengajian di KSMU.
Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi konsultasi pendidikan swasta yang ditubuhkan untuk membimbing pelajar sambung pengajian di luar negara. Terdapat beberapa pilihan negara yang telah ditawarkan pihak Daulah Educonsult.
Antara negara tersebut adalah Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh dan Mesir. Adapun begitu, setiap negara mempunyai pilihan universiti yang berbeza. Bidang pengajian yang ditawarkan juga adalah berbeza mengikut universiti.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan cara pendaftaran, pengurusan dan sebagainya, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult. Konsultan Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi mana-mana platform di bawah.
Website : http://daulahmedic.com/ Facebook : Daulah Educonsult Youtube : Daulah Educonsult Email : daulahmedic@gmail.com Nombor pejabat : 03-92851322 Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322 Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)