PETALING JAYA – Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat kenderaan itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih yang terbaru di pasaran Malaysia.

Tidak lama lagi, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton dengan kenderaan yang lain.

Kereta terbang

Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.

Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.

Beliau berkata, “Bao” bermakna khazanah atau harta benda, manakala “Pu” membawa maksud biasa.

BACA JUGA :   Harga Kereta Proton Akan Jadi Lebih Mahal Dengan SST

Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambil alihan Lotus pada 1996.

Kereta terbang

Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

BACA JUGA :   Hasilkan Pelindung Muka untuk Barisan Hadapan - Proton

Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Kereta terbang

Selain itu, menurut Li matlamat Proton seterusnya ialah meningkatkan perkhidmatannya.

“Walaupun kualiti kereta Proton amat baik, tetapi kualiti perkhidmatan termasuk indeks kepuasan jualan (SSI) dan indeks khidmat pelanggan (CSI) adalah sangat teruk dan merupakan yang paling teruk di seluruh negara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari FMT

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here