Malaysia kini menghadapi cabaran berdepan dengan sindiket pemerdagangan orang. Malaysia masih lagi komited dalam menangani sindiket pemerdagangan orang ini meskipun telah jatuh ke Tahap Tiga laporan Pemerdagangan Orang (TIP).

Isu tersebut menjadi keutamaan dan peringatan kepada kementerian dan pihak yang terlibat dalam menangani masalah ini. Mereka perlu berusaha lebih keras lagi untuk memerangi jenayah pemerdagangan orang di negara ini.

Dalam tempoh pandemik ini, pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO) menjadi lebih penting dalam menangani sindiket pemerdagangan orang. Ini kerana pandemik yang melanda ini jelas memberi risiko yang tinggi lebih-lebih lagi kepada mangsa eksploitasi tersebut.

Sindiket pemerdangan orang ini terjadi apabila ada di kalangan mangsa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Mereka tidak sedar bahawa mereka menjadi mangsa penipuan seperti kandungan kontrak atau perjanjian yang diterima. Malah mereka juga tidak tahu sama ada mereka memasuki negara ini secara sah atau tidak sah.

Oleh itu, NGO-ENGENDER Consultancy dan Project Liber8 telah menganjurkan Program 18 bulan yang bertujuan untuk membangunkan jaringan organisasi yang lebih kukuh. Ia dibangunkan melalui pembelajaran dan tindakan kolektif yang bertindak sebagai pemangkin untuk mempercepat gerak kerja Pelan Tindakan Kebangsan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0) yang dilancarkan pada Mac 2021 tahun ini. Ia juga untuk menggerakkan pendekatan seluruh negara untuk memerangi sindiket pemerdagangan orang.

Sumber: Astro Awani

Anda tidak tahu nak buat apa sepanjang PKP berlangsung? Selain meluangkan masa bersama keluarga, anda juga boleh mengisi masa luang anda dengan membaca buku. Membaca merupakan suatu amalan mulia. Secara tidak langsung, anda boleh menambah ilmu.

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here