Warga Lembah Klang kini boleh mendapatkan vaksinasi secara ’walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih mulai hari ini. Masa vaksinasi yang ditetapkan adalah jam 2 petang setiap hari bergantung kepada hari operasi PPV di tempat masing-masing.

Berikut adalah sembilan tempat PPV terlibat yang diumumkan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk memberi vaksinasi kepada warga Lembah Klang tanpa temu janji.

  1. KL Convention Centre (KLCC), HCO F
  2. KLCC, HCO G
  3. KLCC, HCO H
  4. Bangi Avenue Convention Centre
  5. Hotel Wyndham, Klang
  6. Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
  7. Dewan Komuniti Serendah
  8. Movenpick Hotel Convention Centre KLIA
  9. Ideal Convention Centre, Shah Alam

Vaksinasi secara ‘walk-in’ bagi warga yang berumur 40 tahun dan ke atas (golongan komorbid) bermula hari ini sehingga 4 Ogos. Manakala semua warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas di Lembah Klang boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ bermula 5 Ogos sehingga 22 Ogos.

BACA JUGA :   231 Bayi di Terengganu Tidak Divaksin

Untuk bukan warganegara pula, vaksinasi dilakukan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada 9 Ogos.

Namun begitu, mereka perlu membawa dokumen seperti yang ditetapkan oleh CiTF. Antaranya ialah:

  • Lokasi bermastautin di Lembah Klang (alamat di kad pengenalan)
  • Lesen memandu
  • Bil utiliti/ kad kredit
  • Kad pekerja
  • Surat perjanjian (atau lain-lain)

Warga yang berumur 40 tahun dan ke atas (golongan komorbid) diminta untuk mengemukakan sebarang bukti yang menunjukkan mereka termasuk kategori tersebut seperti kad rawatan atau kad temujanji.

Manakala bagi bukan warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan sah perlu melalui proses yang ditetapkan oleh CITF seperti dalam Garis Panduan Pengurusan Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara.

BACA JUGA :   Patuh SOP Beri Jalan Keluar Dari Pandemik Covid-19 Setelah Mendapatkan Imuniti Kelompok

Bagi individu yang sudah mendapat janji temu tidak dibenarkan untuk mengikuti vaksinasi secara’walk-in’ ini. Mereka tetap perlu menunggu tarikh janji temu yang sedia ada seperti yang dinyatakan di MySejahtera.

Sumber: Astro Awani

Jom dapatkan buku dari Daulah Ilmi. Anda hanya perlu ke aplikasi shopee Daulah Ilmi atau klik di pautan berikut.

<<< https://shopee.com.my/daulahilmi >>>

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here