Anda mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Mesir dan Indonesia? Jika ya, anda boleh membuat kemasukan ke universiti pilihan anda  melalui agensi Daulah Educonsult bagi sesi kemasukan September 2022.

Untuk pengetahuan bersama, Pengajian Islam bertujuan untuk melahirkan individu yang serba lengkap dari aspek rohani, jasmani, dan sosial bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Pengajian Islam ini juga membentuk perkembangan manusia dari segi fizikal, rohani, intelek dan jasmani bagi melahirkan insan yang bertakwa.

Oleh itu, Daulah Educonsult menawarkan bidang Pengajian Islam di Mesir dan Indonesia  buat pelajar yang berminat untuk mendalami dan mempelajari bidang tersebut. Berikut adalah senarai universiti mengikut negara yang Daulah Educonsult tawarkan bidang Pengajian Islam.

INDONESIA

  • Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA), Riau

Universitas ini menawarkan Fakultas Tarbiyah & Keguruan, Syariah & Ilmu Hukum, Usuluddin, Dakwah & Ilmu Komunikasi, Sains dan Teknologi, Psikologi dan Ekonomi & Ilmu Sosial.

  • Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, banda Aceh

Universitas ini menawarkan bidang pengajian Islam. Fakulti yang ada di UIN Ar-Raniry adalah Fakulti Syariah & Hukum, Fakulti Usuluddin & Filsafat, Fakulti Dakwah & Komunikasi dan Fakulti Adab & Humaniora. Pelbagai bidang yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian minat anda.

BACA JUGA :   Jana Income Tambahan Bersama Daulah Educonsult

MESIR

  • Universiti Al-Azhar, Mesir

Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Secara umumnya, fakulti Al-Azhar terbahagi kepada dua, iaitu Pengajian Agama dan Pengajian Sosial & Sains Kesihatan. Kesemua kuliah Ilmiyah terletak di kawasan Nasr City, dan selebihnya (kuliah Adabiyah) terletak di kawasan Hussien, bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar, dan cawangan-cawangan universiti Al-Azhar yang berada di pelbagai wilayah.

Namun begitu, syarat kelayakan ke universiti-universiti tersebut adalah berbeza-beza.

INDONESIA

  1. UIN SUSKA – Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM/ IGCSE/ O-Level/ Diploma/ Asasi/ STAM/ STPM dan setaraf dari mana-mana aliran termasuk sains dan sastera. Terdapat juga ujian kemasukan untuk ke universiti ini.
  2. UIN Ar-Raniry – Terbuka hanya kepada pelajar lepasan STPM/Diploma/Asasi STAM (mendapat pangkat maqbul) dan setaraf. Perlu juga menduduki ujian kemasukan ke universiti ini.

MESIR

  • Bagi pelajar lepasan SPM, mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam enam (6) subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Arab, Syariah Islamiah, dan Pendidikan Al-Quran & Sunnah.
  • Bagi pelajar STAM, sekurang-kurangnya mendapat pangkat Jayyid.

Dalam pada itu, jika anda berminat untuk memyambung pengajian selain daripada bidang Pengajian Islam, anda boleh dapatkan khidmat konsultasi secara percuma daripada Daulah Educonsult. Bidang lain yang ditawarkan selain Pengajian Islam adalah seperti berikut:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Veterinar
  • Kejuruteraan
  • Pengurusan Perniagaan Antarabangsa
  • Dan lain-lain
BACA JUGA :   Bidang Pengajian Harus Dipilih dengan Betul

Sebarang maklumat atau pertanyaan, anda boleh ajukan kepada pihak Daulah Educonsult di mana-mana platform di bawah. Anda juga boleh berhubung terus dengan konsultan Daulah Educonsult menerusi talian khidmat yang dinyatakan berikut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here