Kursk State Medical University adalah universiti perubatan terbaik di Rusia yang menawarkan bidang pengajian perubatan terbaik kepada anda. Universiti ini lebih dikenali sebagai KSMU. KSMU merupakan universiti pertama yang menawarkan program latihan perubatan dalam Bahasa Inggeris.

KSMU membuka peluang sambung belajar bidang perubatan  ini kepada pelajar lepasan SPM, IGCSE, O-Level atau Asasi, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain yang setaraf.

Sekiranya pelajar melanjut pengajian bidang Perubatan di Kursk State Medical University, pelajar bakal peroleh pelbagai kelebihan. Namun, di bawah hanya dinyatakan lima kelebihan yang utama sekiranya pelajar melanjut pengajian ke KSMU ini.

1.Yuran pengajian adalah tetap dan berpatutan
KSMU telah menetapkan yuran pengajian bagi bidang perubatan sebagai yuran jenis ‘Lock Fee’. Anda tidak perlu bimbang berkaitan perubahan nilai mata wang kerana yuran KSMU adalah tetap dan tidak berubah.
2.Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran
KSMU telah menawarkan bidang pengajian di dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar yang belajar ditempatnya. Perkara ini akan lebih memudahkan pelajar untuk lebih memahami apa yang dipelajari.
3.Mempunyai empat sesi kemasukan
KSMU mempunyai empat sesi kemasukan dalam setahun. Sesi kemasukan tersebut adalah pada bulan Februari, April, Jun dan September. Pelajar boleh memilih mana-mana sesi kemasukan yang dimahukan.
4.Mempunyai pembelajaran sepenuhnya buat pelajar lepasan SPM dan setaraf
KSMU membuka kemasukan kepada pelajar SPM dna setaraf untuk lanjut pengajian di sana. Pelajar akan belajar di bawah bidang pra-perubatan selama satu tahun. Apabila telah tamat satu tahun tersebut, pelajar akan terus diserap untuk sambung bidang perubatan selama enam tahun.
5.Menyediakan kemudahan asrama kepada para pelajar.
Pelajar tidak perlu bimbang berkaitan tempat kediaman di sana kerana KSMU menyediakan asrama buat para pelajarnya. Namun, anda boleh memilih untuk tinggal tetap di asrama selama tempoh pengajian atau mahu hidup sendiri di luar.

Di samping itu, pelajar juga boleh memohon kemasukan ke KSMU dengan menggunakan keputusan percubaan SPM. Pelajar juga boleh menempah tempat terlebih dahulu menggunakan keputusan tersebut.

BACA JUGA :   Suku Kaum Mandi di Bangladesh Berkongsi Suami

Jika anda berminat untuk ke KSMU, anda boleh mendaftar menerusi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan agensi yang membimbing pelajar untuk sambung pengajian di luar negara.

Dengan itu, jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, yuran pengajian, kemudahan yang disediakan dan sebagainya, anda boleh terus menghubungi pihak Daulah Educonsult di mana-mana platform berikut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com  
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here