Kelahiran adalah suatu proses yang penuh memori suka dan duka. Itulah saatnya seorang anak yang suci seperti kain putih, lahir ke dunia, untuk disayangi, dibelai, dimanja, dan dicorakkan mengikut acuan ibu ayah mereka.

Maka seharusnya kelahiran anak ini disambut dengan penuh gembira, dan dimuliakan anak ini. Antara yang dituntut oleh agama Islam ialah dengan memberikan nama yang baik yang tidak membebankan anak, mencukur rambut supaya digantikan dengan yang baru, ditahnik dan didoakan. Tidak harus dilupakan juga ialah pengurusan uri bayi.

Whatsapp URIGO!

Proses pengurusan uri bayi juga adalah salah satu kaedah untuk memuliakan kelahiran anak tersebut. Ini kerana uri adalah ‘peneman’ anak ketika di dalam rahim, yang sebahagian daripada anak kita. Maka Islam menuntut supaya diuruskan dengan penuh adab dan hormat.

Dalam bidang perubatan, uri adalah tisu manusia yang dikategorikan sebagai sisa klinikal. Sisa klinikal ini berpotensi menyebabkan jangkitan. Ketika proses bersalin, semua darah, cecair, dan sisa-sisa lain, termasuklah uri yang keluar daripada tubuh badan ibu semasa melahirkan anak, adalah dikategorikan sebagai kekotoran yang perlu diuruskan dengan baik dan sesegera mungkin, bagi mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat di hospital.

Info lanjut

Walau bagaimanapun, ibu ayah perlulah mengambil tahu kaedah dan cara yang betul supaya uri bayi diuruskan dengan baik. Dan yang paling penting adalah tidak terdapat unsur-unsur tahyul dan khurafat. Apa yang pasti, ritual tradisi yang ingin dikongsikan bersama ini boleh dikatakan telah diterima dan diamalkan secara meluas dalam kalangan masyarakat Melayu.

BACA JUGA :   Tahnik Bayi. Nak Buat Gaya Glamour Ala Artis Atau Ikut Agama?

Antara contoh kepercayaan pengurusan uri bayi yang masih wujud sehingga kini dalam kalangan masyarakat kita adalah:

      1. Semasa membasuh uri, digalakkan bercakap perkara yang baik-baik dan memberikan nasihat. Perkara tersebut dianggap seolah-olah bercakap dengan bayi kerana uri mempunyai hubungan darah dengan bayi.
      2. Sesetengah masyarakat Melayu meletakkan asam dan garam dalam bungkusan uri bertujuan untuk mengelakkan bayi daripada kembung perut. Asam dan garam juga digunakan dalam perubatan Islam, dan boleh menghindarkan gangguan makhluk halus yang menyebabkan bayi meragam dan terkena sawan.
      3. Uri mestilah diuruskan seperti menguruskan jenazah, maka bungkusan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam lubang secara mengiring dan tali yang mengikat bungkusan uri hendaklah dileraikan.
      4. Semasa menanam uri, digalakkan untuk berselawat, membaca surah al-Fatihah dan menyebut perkataan dan nasihat yang baik-baik. Perkataan yang baik tersebut diibaratkan seperti talqīn selepas selesai mengkebumikan jenazah.
      5. Menanam uri di tempat yang baik seperti di masjid berkemungkinan mempengaruhi akhlak dan tingkah laku bayi kelak. Malah masyarakat Melayu zaman dahulu percaya dengan menanam uri di pinggir jalan yang bercabang tiga menjadikan bayi seorang yang berfikiran luas dan terbuka kelak.
      6. Uri yang tidak dibasuh akan menyebabkan anak mengalami penyakit kudis dan sawan. Manakala sekiranya uri dibuang atau dicampakkan di merata tempat, bayi akan menangis mencari saudara kandungnya serta berkemungkinan mempengaruhi sifat anak apabila dewasa kelak.
BACA JUGA :   IMAMS Punca Ibadah Umrah Kini Dikenakan Cukai GST

Apa-apa pun kita sebagai muslim harus mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama. Semua amalan tersebut hanyalah dianggap sebagai petua dan dibenarkan, selagi mana tidak mengandungi unsur-unsur tahyul dan khurafat.

Facebook Urigo

Sekiranya ibu ayah tidak mempunyai masa, ataupun tidak mempunyai kawasan tanah yang sesuai, ataupun tidak mampu menguruskan uri bayi dengan baik, janganlah pula dibiarkan, malah dibuang ataupun dibakar. Berilah kepada pihak yang berpengalaman dalam menguruskan uri bayi dengan baik.

My Urigo Services antara syarikat yang menawarkan servis pengurusan uri bayi dan penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin.

Boleh hubungi My Urigo Services dan tempah slot anda sekarang di:

Whatsapp: 011-2072 9609
Website: www.myurigo.com
Facebook: UrigoServices

“Semoga kehidupan anak dan keturunan kita menjadi mulia dan diberkati Allah S.W.T.”

Anda mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Indonesia? Ayuh daftar sekarang bagi kemasukan tahun 2022. Kuota adalah sangat terhad! Klik banner di bawah untuk berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here