Bagi setiap pasangan suami isteri yang baru sahaja mempunyai pengalaman menimang cahaya mata, pasti akan banyak perkara baharu yang akan dipelajari. Oleh itu, hari ini Deenamik akan berkongsikan sedikit maklumat atau tips berkenaan Teknik Penjagaan Bayi buat Ibu Bapa Baharu.
-
Belajar pegang bayi dengan cara yang betul
Antara perkara yang perlu diambil berat adalah ibu bapa perlu mencuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh anak kerana sistem imun yang belum kukuh. Selain itu, ibu bapa boleh mempelajari teknik memegang bayi yang betul seperti
-
- Memegang di bahu
- Posisi buaian
- Posisi di perut
- Pegangan di pinggang
- Pegangan muka ke muka
- Pegangan kerusi
- Pegangan di atas peha
- Pegangan bola
-
Belajar cara memandikan atau mengelap badan bayi
Antara perkara penting adalah jangan sesekali meninggalkan bayi di dalam tab mandian berseorangan. Pastikan barangan dan kelengkapan sudah disediakan sebelum memandikan bayi. Namun, ibu bapa perlu mengetahui bilakah waktunya bayi boleh dimandikan.
-
Memberikan urutan lembut dan refleksologi
Memberikan urutan kepada bayi boleh memberikan kebaikan kepada perkembangan fizikal dan mental bayi. Urutan boleh merangsang perkembangan sistem pencernaan dan aliran darah bayi. Antara perkara yang boleh dielakkan jika memberikan urutan adalah boleh meregangkan ketegangan otot, kesakitan tumbuh gigi dan merangsang tumbesaran bayi pramatang.
Anda memperoleh sedikit maklumat berkenaan bayi di dalam entri ini? Jom luangkan masa dengan membaca cerita di bawah.
CERITA AYAH DAN ANAK TENTANG KEBAHAGIAAN
Pagi hari minggu, kebiasaannya suamiku akan buat kerja lain demi mencari duit lebih buat keluarga memandangkan saiz keluarga akan bertambah. Ya lah, nak dapat baby baru, excited dia ya amaattt. Hehe.. So aku akan ditemani oleh ayah dan ibu sepanjang suami bekerja.
Jadi, nak dijadikan cerita, pagi Sabtu hari tu aku dan ayah keluar mencari barang dapur. Dalam kereta ayah berbual dengan aku tentang makna ‘Bahagia’.
Ayah kata, kita hidup kat dunia ni walaupun nampak bahagia, tapi kalau tak ikut apa yang agama suruh, kelak di akhirat nanti kitalah orang yang paling tak bahagia. Kitalah yang paling rugi.
Dalam kepala aku mula terbayang-bayang muka-muka ustaz di TV dan YouTube sebab tengah dengar ayah berceramah.
Lalu aku berkata pada ayah.
“Kakak rasa ayah orang yang paling bahagia dunia akhirat sebab ayah tak tinggal solat, bayar zakat, tak pernah tengking maki hamun mak, jaga kami adik beradik dengan baik.”
Kemudian, ayah mula bersuara.
“Yang kamu sebut tu biasa, as a man, kena ada tanggungjawab. Tapi benda yang ayah nak maksudkan di sini tentang kebaikan anak. Kamu tahu tak bahagianya mak ayah di dunia dan akhirat bergantung kepada kamu sebagai anak. Kalau kamu buat baik, ayah dan mak kamu turut dapat pahala. Kamu doakan kami apatah lagi setelah kami dah mati nanti. Dalam kubur nanti ayah dan mak kamu ternanti-nanti doa daripada anak macam kamu. Ayah dan mak kamu tak kaya mana kakak. Tapi ayak dan mak akan kaya malah bahagia di dalam kubur dan di akhirat nanti kalau kakak doakan kami. Itulah bahagia.”
Aku terdiam, tersentak.
———————————————
Mahu memuliakan kelahiran anak?
My Urigo Services antara syarikat yang menawarkan servis pengurusan uri bayi, terapi postnatal bagi ibu selepas bersalin, majlis tahnik dan akikah.
Boleh hubungi My Urigo Services dan tempah slot anda sekarang di:
Whatsapp: 011-2072 9609
Website: www.myurigo.com
Facebook: Urigo Services
Semoga kehidupan anak dan keturunan kita menjadi mulia dan diberkati Allah S.W.T.