The Lalbagh Fort

Bangladesh, pernah terfikir untuk melancong ke negara tersebut? Mungkin rakyat Malaysia sudah tidak asing dengan warganegara Bangladesh di Malaysia kerana di seluruh penjuru Malaysia pastinya rakyat mereka boleh ditemui. Umum mengetahui, negara mereka dikenali dengan perspektif negatif.

Namun tahukah anda, pendidikan di Bangladesh terutamanya bidang Perubatan boleh dikatakan sama hebat dengan negara India dan negara membangun yang lain. Ingin tahu mengapa ramai pelajar perubatan memilih negara ini sebagai destinasi pengajian? Teruskan bacaan anda.

Kos Pengajian Yang Rendah Dengan Kualiti Pendidikan Yang Terbaik

Pernah mendengar istilah alah membeli menang memakai? Pepatah ini mungkin boleh diaplikasikan di negara Bangladesh. Walaupun merupakan antara negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, namun tahap pendidikan juga sangat dititikberatkan. Sebagai contoh, kos pengajian perubatan di negara ini jauh lebih rendah berbanding India menjadikan negara ini antara negara yang menawarkan kos pengajian terendah.

Pengalaman Klinikal Dengan Situasi Sebenar

Boleh dikatakan satu pengalaman yang mengujakan apabila pelajar perubatan sendiri diberi peluang untuk menggunakan bahan belajr mereka dengan badan manusia yang sebenar! Situasi ini mampu mendidik pelajar untuk lebih bersedia dalam menempuh situasi kerja yang sebenar. Ianya sekali gus mampu menguji kekuatan mental pelajar.

BACA JUGA :   Kehebatan Universiti Airlangga dalam Bidang Perubatan

Sebagai contoh, pelajar tahun ketiga di Mymensingh Medical College kadangkala diberi tugas untuk turut serta dalam bilik bedah sebenar. Mereka juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan sesi post-mortem jika berlaku kematian.

Universiti Yang Ditawarkan 

  1. Dhaka Medical College
  2. Mymensingh Medical College
  3. Chittagong Medical College
  4. M.A.G Osmani College

Universiti Yang Diiktiraf

Kesemua pilihan universiti di atas telah pun mendapat pengiktirafan daripada WHO,KPT, MQA, JPA, dan MMC. Status pengiktirafan ini sangat penting kerana ianya yang menjadi tanda pengukur sama ada anda dibenarkan menjalani sesi Housemanship ataupun tidak di negara yang anda kehendaki. Misalnya, lepasan Mymensingh Medical College diterima di hampir ke semua negara di Asia.

Kos Sara Hidup Yang Rendah

Kos sara hidup yang rendah adalah antara sebab utama ramai pelajar perubatan memilih negara ini untuk melanjutkan pengajian. RM1.00 adalah bersamaan dengan 20.49 Bangladeshi Taka. Mengikut pengalam pelajar di sana, anda hanya perlukan sekitar RM300-RM500 untuk survive di sana.

BACA JUGA :   TAKE THE LEAP AND DISCOVER THE WORLD! KSMU Pilihan Terbaik

Makanan HALAL Mudah Didapati / Majoriti Islam

Majoriti rakyat Bangladesh adalah beragama Islam, ini adalah FAKTA! Oleh itu, makanan halal juga sangat mudah untuk didapati dengan harga yang murah. Anda hanya pelru bijak memilih makanan yang bersih dan kawasan yang bersih. Hal ini kerana kebersihan bukanlah hal utama di sana.

Chena Gaja

Berminat untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Bangladesh dalam bidang perubatan? Tempoh pengajian adalah selama 5 tahun sahaja. Kemasukan seterusnya adalah pada Januari 2022 dan pelajar sudah boleh mula melakukan pendaftaran mulai sekarang. Pendaftaran terbuka kepada pelajar lepasan SPM / IGCSE / O – Level / STPM/ Asasi / Matrikulasi / Diploma / A – Level dan setaraf.

Anda boleh jalani sesi konsultasi terlebih dahulu bersama konsultan Daulah Educonsult untuk rancang masa depan anda. Boleh walk in terus ke pejabat mereka di : Daulah Educonsult, No.1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Kuala Lumpur.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here