Apa ‘Items’ yang Penting Perlu dibawa Sebelum Berlepas ke Luar Negara? (Edisi Pelajar)

0
284

Adakah belajar di luar negara akan peroleh banyak ‘benefits‘ ? Ya memang betul!  seronok belajar ke luar negara kerana mereka akan dapat mempelajari dan menimba ilmu yang baru, selain tu, mereka juga dapat mencari pengalaman yang baru di negara orang.

Kepada para pelajar yang berminat untuk belajar ke luar negara, anda harus bersedia dari segi fizikal dan mental anda kerana anda bakal berhadapan dengan banyak aspek kehidupan baru yang tidak sama seperti di tanah air sendiri. Pada awalnya, mungkin anda akan berasa janggal dan ‘culture shock’, namun percayalah apabila sudah kelamaan berada di sana, akan akan terbiasa dengan budaya dan persekitaran mereka. Oleh hal yang demikian, anda juga perlulah buat persiapan yang sebaiknya sebelum berlepas supaya tiada apa yang perlu dirisaukan sepanjang anda berada di sana (luar negara) terutamanya barangan penting. Jom admin kongsikan apa barangan penting itu !

Keperluan sebelum terbang

  1. DOKUMENTASI

Sijil-sijil

  • Pelajar-pelajar digalakkan untuk menyediakan sijil penting berkaitan akademik dan sebagainya lebih awal untuk kegunaan urusan seperti pendaftaran kemasukan dan sebagainya.

Gambar

  • Pelajar- pelajar digalakkan untuk mempersiapkan gambar size pasport minimum 20 keping untuk kegunaan berkaitan universiti, tajaan dan sebagainya.
  1. PAKAIAN

    Nak belajar keluar negara mestilah kita kene sediakan pakaian yang secukupnya untuk kita disana kan? tapi apa pakaian yang boleh dibawa untuk ke luar negara? Cuaca di luar negara pasti agak berbeza dengan di Malaysia kan?
BACA JUGA :   Pendaftaran Ke KSMU Sesi Tahun 2020 Kini Dibuka

Jenis pakaian

  • Musim panas: untuk pakaian di musim panas, pastikan pakaian anda tidak terlalu tebal atau berat untuk menjalani musim panas di negara luar seperti T-shirt bamboo, blouse nipis dan sebagainya.
  • Musim sejuk: untuk pakaian di musim sejuk, pastikan pakaian anda mempunyai fabrik pakaian yang betul untuk memaastikan anda dalam keadaan yang hangat sepanjang tempoh musim sejuk. Contoh sepasang baju thermal, sarung tangan, stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.

Info Pemakaian

  • Pastikan pakaian anda menutup aurat, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu jarang bagi mematuhi garis panduan pemakaian dalam islam kerana pelajar islam boleh solat dimana-mana sahaja. Pastikan pakaian yang anda pakai mengikut masa dan aktiviti yang tertentu.
  1. PENGURUSAN AKAUN BANK


  • Sebelum terbang pelajar-pelajar di galakkan untuk megaktifkan akaun bank supaya dapat mengeluarkan wang anda dimana-mana ATM di luar negara. Selain itu, selepas sahaja kad atm anda diaktifkan langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah:
  • Tekan “other options” pada screen ATM
  • Cari sehingga jumpa perkataan “MENU” <plus activation>
  • “AKTIFKAN” selepas itu, kod bank anda sudah boleh digunakan untuk di mana-mana negara
  1. UBAT-UBATAN KESIHATAN

Keperluan yang perlu anda sediakan sebelum terbang ke luar negara adalah ubat-ubatan kerana ia sangat penting untuk setiap orang ketika ke luar negara dan sebagainya.

Jika anda mengidap penyakit-penyakit kronik seperti migraine, asma, alahan dan lain-lain. Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum terbang ke luar negara. Selain itu, pastikan anda sediakan belakan ubat-ubatan yang secukupnya untuk tempoh masa anda berada di luar negara dan pastikan anda tahu ubat-ubat yang diberikan oleh doktor agar mudah untuk anda membelinya disana nanti.

  1. PERALATAN PEMBELAJARAN

Akhir sekali, penyediaan awal untuk peralatan untuk belajar yang perlu dibawa oleh pelajar-pelajar. Sebagai permulaan anda digalakkan membawa peralatan asas seperti:

  1. Alatan Tulis
    Penting untuk sediakan alat tulis bagi mudahkan urusan pembelajaran, dan lebih baik sekiranya dapat disediakan sebelum berlepas.
  2. Keperluan Elektronik (tablet/komputer riba/telefon bimbit)
    Barangan ini adalah penting kerana ia telah menjadi salah satu medium pembelajaran utama antara pelajar dan pengajar kini, maka amatlah penting untuk pelajar sediakan sendiri.
  3. Alatan berkaitan Jurusan (contoh: baju lab untuk perubatan)
    Alatan seperti ini kebiasaannya adalah untuk pelajar yang mengambil jurusan yang memerlukan alatan khas contohnya seperti jurusan pergigian dan perubatan.

Anda inginkan Matlumat lanjut? anda boleh hubungi nombor konsultan yang tertera dibawah: –

📞Pejabat: 03-92851322

📲Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e

📲konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)

📲Konsultan Daulah:   (cik zuraini)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here