Seperti yang kita semua tahu, Indonesia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya nya yang unik. Setiap wilayah di Nusantara juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan salah satunya adalah rumah tradisional. Jadi berikut merupakan 4 rumah tradisional yang terkenal dari Indonesia yang admin ingin kongsikan untuk anda

  1. Aceh: Rumoh Aceh, Rumah Krong Bade
    Rumah Krong Bade ataupun dikenali sebagai Rumoh Aceh ini dikatakan salah satu budaya Indonesia yang hampir pupus kerana hampir sebilangan orang Aceh memilih untuk menetap di rumah moden.Ia mempunyai bentuk persegi yang panjang dari Timur ke Barat. Selain itu, rumah ini juga memiliki tangga yang tinggi nya sekitar 2.5-3 meter dari permukaan tanah.
  2. Rumah Gadang

    Rumah Gadang ataupun disebut sebagai Rumah adat Bagonjong atau Rumah Baanjuang ini terletak di wilayah Sumatera Barat. Ia diberi nama rumah bagonjong kerana bahagian atapnya yang berbentuk runcing (bergonjong). Atapnya yang seolah menyerupai tanduk kerbau itu melambangkan kemenangan suku Minang dalam perlumbaan kerbau di Pulau Jawa.

3. Jambi: Rumah Panggung Kajang Lako 

Rumah Panggung Kajang Lako ialah nama sebuah rumah adat yang berasal dari wilayah Jambi. Secara arsitektural, rumah panggung ini tetap dibina dengan mengekalkan gaya tradisional yang merupakan warisan turun temurun dari nenek moyang masyarakat Jambi. Rumah ini bukan sahaja dibina sebagai tempat tinggal malah ia juga dibina untuk kegunaan lain kepada sosial budaya masyarakat Jambi.

4. Jawa Tengah: Rumah Joglo 
Di wilayah Jawa Tengah, ia terdapat 4 jenis rumah tradisional iaitu Panggangpe, Kampung Bentuk, Limasan dan Joglo. Antara keempat-empat rumah adat tersebut, Rumah Joglo adalah yang paling terkenal diikuti oleh Rumah Limasan. Rumah Joglo ini berbentuk empat segi dengan 4 tiang utama yang diperbuat dari kayu di tengahnya dipanggil Saka Guru.

Bukan setakat empat rumah adat ini, sebenarnya terdapat banyak lagi rumah-rumah tradisional yang unik yang boleh anda lawati di negara Indonesia. Jika Indonesia adalah destinasi pilihan anda untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda boleh dapatkan sesi konsultasi bersama konsultan pendidikan Daulah Educonsult secara percuma

Daulah Educonsult menawarkan peluang sambung belajar dalam bidang pengajian Islam di Indonesia dan ianya terbuka kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/Diploma/STAM/Asasi dan Setaraf.

Pendaftaran bagi sesi September 2022 sudah dibuka, jadi lakukan pendaftaran awal sementara kuota masih ada. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi melalui talian berikut:-

Pejabat :03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here