Peranakan jatuh adalah keadaan di mana rahim tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya dan jatuh ke bawah lalu masuk ke dalam faraj. Peranakan jatuh akan menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan. Ia akan menjadi semakin teruk sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.

Terdapat 3 jenis peranakan jatuh dan setiap satu daripadanya berbeza di antara satu sama lain.

Yang pertama adalah Uterine prolapse. Uterine prolapse adalah keadaan di mana rahim jatuh dan masuk ke dalam faraj. Uterine prolapse ini boleh dibahagikan kepada 3 keadaan iaitu :

1.Rahim turun sedikit dan masuk ke dalam faraj tetapi tidak terkeluar dari faraj. Kebiasaanya, wanita yang mengalami rahim jatuh tidak sedar bahawa peranakan mereka sudah jatuh. Ia hanya dapat dikesan melalui pap smear.

2. Rahim jatuh dan masuk sehingga ke bahagian bawah faraj dan pangkal rahim dapat dilihat sedikit pada pintu faraj. Jika hal ini berlaku ia kebiasaanya dapat dirasai oleh individu itu sendiri.

3. Keadaan di mana hampir semua rahim jatuh dan masuk ke dalam faraj dan ada bahagian yang terkeluar daripada faraj. Untuk keadaan ini, tombong sudah keluar dari faraj.

Selain itu, peranakan jatuh di bahagian hadapan faraj. Ia adalah keadaan di mana pundi kencing dan saluran air kencing jatuh dan masuk ke dalam faraj lalu menolak dinding faraj ke hadapan.Hal ini akan menyebabkan ia kelihatan seperti benjolan atau buncit pada perut.

Bagi peranakan jatuh di bahagian belakang faraj pula, ia berlaku apabila usus kecil jatuh dan masuk ke dalam dan rektum. Rektum adalah saluran penghubung antara usus besar dengan anus.

Jadi bagi wanita yang mengalami peranakan jatuh, haruslah mengetahui apakah jenis peranakan jatuh yang dihadapi  serta rawatan yang sesuai dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu-ibu yang mengalami masalah rajim jatuh. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here