Kencing manis semasa hamil atau gestational diabetes (GDM) sering dihidapi wanita hamil.
Kadangkala buntu juga bila bacaan gula dalam darah sentiasa tinggi sedangkan anda sudah berusaha mengawalnya.

Glukosa atau glukos adalah bahan yang menjadi sumber tenaga bagi kehidupan seharian. Namun jika tahap glukos dalam darah berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk.
Terutama kepada organ-organ dalam tubuh kita seperti merosakkan lapisan retina di bahagian mata sehingga boleh menyebabkan buta.

 Tahap glukos yang tinggi semasa hamil pula akan menyebabkan risiko masalah jantung kepada janin.

Jadi Calya akan kongsikan enam cara yang mungkin boleh kekalkan bacaan gula normal buat ibu hamil terutama yang menghidap GDM.

Cara yang pertama adalah dengan membuat senaman ringan. Pesakit GDM ini selalunya mengamalkan  pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari di rumah atau di pejabat.

Cara yang kedua adalah dengan mengelakkan simpan makanan ringan di rumah.Misalnya, jika anda tidak dibenarkan minum minuman bergula, jangan beli atau simpan apa-apa minuman berkarbonat misalnya di rumah. Semua ahli keluarga yang lain termasuklah suami hendaklah bekerjasama dalam hal ini.

Yang ketiga, utamakan makanan yang berserat tinggi. Bukan tak bagi makan beras, mi, roti tetapi kita gantikan dengan beras perang, roti wholemeal meal dan mihun dari beras merah.

Yang keempat, makan dalam kuantiti yang kecil tapi kerap. Hal yang ni penting walaupun kita sukar nak pratikkan. Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

Kemudian,haruslah mengamalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan. Untuk sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda.Ia penting bagi anda memakan mengikut kuantiti dan jenis yang sepatutunya.  Hafal piramid makanan dan pastikan anda ikut. Ia penting bagi memastikan anda makan ikut kuantiti yang sepatutnya. Hamil bukan bermakna anda perlu makan untuk dua orang, ia adalah tanggapan yang salah sama sekali.

Akhir sekali, anda boleh makan makanan yang anda suka tetapi pada kuantiti yang bersesuaian. 

Jadi ibu-ibu haruslah jaga pemakanan khususnya bagi yang telah diagnos ada penyakit kencing manis ketika tempoh pregnansi. Calya menitikberatkan kualiti kesihatan ibu ketika mengandung (prenatal) dan selepas mengandung (postnatal).

Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu- ibu hamil dan juga berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :

Sekiranya anda berminat untuk untuk menjalani rawatan-rawatan daripada Calya , anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah ,

No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067

Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:

Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here