Kebiasaanya apabila tidak mengunyah ketika makan, makan di larut malam ia boleh menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan. Hal tersebut dapat terjadi kerana menyebabkan produksi yang tidak cukup dari enzim pencernaan.
Ketika makan, tubuh akan melepaskan sekitar 22 jenis enzim pencernaan dari kelenjar saliva, lambung, dan usus kecil. Setiap salah satu dari enzim yang bekerja pada jenis makanan tertentu, misalnya protease memecah protein, amilase membantu mencerna karbohidrat, dan lipase memecah lemak dan lipid. Dengan memecahkan jenis- jenis makanan tersebut, enzim-enzim pencernaan membantu tubuh mencerna dan menyerap.
Jadi berikut adalah 5 cara untuk membantu mencegah gangguan pencernaan dan meningkatkan kesihatan pencernaan secara keseluruhan.
Cara yang pertama adalah anda dikehendaki makan banyak serat setiap hari. Diet tinggi serat merupakan bahagian penting dari makanan sihat, selain membantu pencernaan, ia juga dapat membantu mencegah diabetes dan penyakit jantung.
Cara yang kedua adalah mengunyah makanan dengan cukup. Mengunyah merupakan salah satu bahagian penting. Ini kerana, mengunyah tidak hanya membantu memecah makanan, namun juga merupakan tanda dari kelenjar ludah, dan usus kecil untuk mulai melepaskan enzim pencernaan.
Cara yang ketiga adalah berolahraga secara teratur dan menghindari stress. Selain membantu mempertahankan gaya hidup sihat, olahraga juga dapat membantu pencernaan.
Cara yang keempat adalah elakkan menggunakan antasida. Ini kerana asam di perut membantu tubuh mencerna makanan, namun dalam beberapa kes asam dapat kembali ke kerongkongan, sehingga menyebabkan sensasi terbakar dari gangguan pencernaan.
Cara yang kelima adalah, anda harus rajin makan suplemen enzim pencernaan. Dengan mengkonsumsi suplemen enzim ini ia dapat mengurangkan gejala gangguan pencernaan dan sakit perut.
Secara kesimpulannya, kita haruslah bertindak awal apabila berasa sakit akibat gangguan pencernaan kerana ia boleh menganggu rutin harian akibat terlalu sakit. Jika anda berasa terlalu sakit sila cepat untuk berjumpa dengan doktor.
Di Calya, kami menyediakan rawatan khas dan urutan khusus untuk ibu-ibu berpantang. Rawatan seumpama ini boleh dilakukan oleh juruterapi yang bertauliah dan terlatih serta mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.
Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan ibu-ibu boleh menghubungi talian yang tertera di bawah :
No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067
Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A