Filem pengabdi setan 2 Communion” ini adalah sejenis filem berunsurkan “Horror” indonesia. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Joko Anwar. Filem ini juga telah ditanyangkan pada 4 ogos 2022 untuk negara Indonesia, 11 ogos 2022 untuk Negara Malaysia dan 12 Ogos 2022 adalah untuk negara singapura.  Filem ini  adalah sambungan dari filem “Pengabdi Setan” yang telah ditayangkan pada 28 September 2017 tahun lalu disemua platform panggung wayang di indonesia, Malaysia dan negara lain.

Gambar: poster filem pengabdi setan

Cerita ini sangat popular pada september 2017 kerana adegan barisan pelakon-pelakon terbaik dan jalan cerita yang sungguh menyeramkan. Dan kini apabila filem “Pengabdi setan 2 Communion” ditayangkan pada bulan ogos 2022 , Filem ini mula menjadi sangat popular diseluruh negara.

Ini adalah antara barisan pelakon-pelakon Pengabdi setan 2 communion:-

  • Tara Bastro sebagai Rini Suwono
  • Endy Arfian sebagai Toni Suwono
  • Nasr Annuz sebagai Bondi Suwono
  • Bront Palarae sebagai Bahri Suwono / Bapa
  • Ayu Laksmi sebagai Mawarni Suwono (Ibu) / Raminom
  • Muhammad Adhiyat sebagai Ian Suwono
  • Musakki Ramdhan sebagai Wisnu Hendrawan
  • Ratu Felisha sebagai Tari Daryati
  • Asmara Abigail sebagai Darminah
  • Kiki Narendra sebagai Ustaz Mahmud
  • Fachri Albar sebagai Batara
  • Maera Panigoro sebagai Diana Sasmi

ini admin senaraikan pelakon-pelakon utama dan pelakon sampingan.  Untuk pengetahuan korang,  bukan ini sahaja tau pelakon untuk filem ini tapi ada banyak lagi pelakon yang terbaik cuma admin tak senaraikan sebab terlalu panjang.

Gambar : poster filem “pengabdi setan 2 Communion”

SINOPSIS 

Pada filem “pengabdi setan” perginya ibu, nenek dan adik bungsunya Ian.  Bapa rini, Rini serta adik lelakinya tony dan bondi mereka memutuskan untuk keluar dari rumah tersebut dan pindah ke kawasan bandar.   Karena mereka ingin mulakan kehidupan yang baru dan cuba untuk lupakan segala tragedi seram yang pernah berlaku ketika di rumah lama dan disebabkan itu mereka putuskan untuk pindah dari rumah tersebut.

Pada Filem ” Pengabdi setan 2 Communion ” ini ternyata keputusan yang dibuat iaitu untuk pindah ke bandar itu hanyalah sekadar khayalan yang kehidupan mereka akan lebih selamat kerana setelah mereka pindah ke rumah baharu, keluarga Rini masih lagi diganggu oleh makhluk halus seperti di rumah mereka yang sebelum ini.

Gambar : Rumah Lokasi Pengambaran Pengabdi setan 2 Communion (detik.com)

pada saat itu, Kehidupan mereka sekeluarga tak seperti orang lain selama mereka tinggal di rumah baru tersebut. Selain itu, Rini dan adik-adiknya cuba untuk cari punca terjadinya kejadian aneh ini ternyata Ibu mereka masih memiliki ikatan dengan perjanjian setan yang telah buatkan hidupan mereka keluarga sering diganggu. Bukan itu sahaja, gangguan-gangguan yang lebih dasyat juga menghantui kehidupan mereka seperti kemalangan Lift yang telah meragut nyawa penduduk di bangunan itu sehingga perkara itu menganggu kehidupan mereka sekeluarga.

Jadi, Kepada yang dah tonton filem tersebut, korang rasa dapat ke Rini serta adik-adiknya selesaikan situasi yang menganggu keluarganya? Apakah step yang akan dilakukan oleh Rini serta adik-adiknya untuk masa kedepan? Atau mungkinkah akan ada “Pengabdi setan 3 “? kita taktahu hanya tunggu dah lihat saja.

Anda berminat melanjutkan pengajian ke universiti di Indonesia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, pergigian, veterinar, pengajian Islam dan sebagainya? Daftar segera bersama Daulah Educonsult.

Misi utama syarikat adalah untuk merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau anda boleh ke talian

Customer Service: bit.ly/konsultandaulah-e
Konsultan utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanZuraini (cik zuraini)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here