Salah satu pengalaman paling tertekan dalam kehidupan seseorang sudah pasti saat menjalani temu duga kerja. Terutama bagi seorang yang pemalu. Sememangnya, rasa tidak senang dan gementar akan menjadi lebih kuat.

Malah introvert sendiri merasa risau untuk menonjolkan diri sendiri. Selain itu, bercakap dan meluahkan pandangan secara lisan sering mencabar bagi orang yang bergelar introvert. Akan tetapi, bercakap dan berinteraksi dengan orang lain adalah penting dalam sebarang temu bual.

Oleh itu, beberapa cadangan yang berguna untuk orang yang bergelar introvert bagi menenangkan mereka ketika menjalani temuduga.

  1. Berlatih sebelum temuduga  

Jangan pernah berhenti mempertingkatkan teknik temu duga anda. Selain persediaan, kebolehan bercakap adalah penting untuk membina keyakinan. Tambahan juga, cuba berlatih bercakap di hadapan cermin sambil bayangkan penemuduga adalah cerminan anda. Apabila bercakap, buat hubungan mata untuk menunjukkan bahawa anda serius dengan kerja anda dan memberi perhatian.

BACA JUGA :   Filem-Filem Tragedi Korea Berdasarkan Peristiwa Sebenar

2. Mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan dan penemuduga 

Cuba pelajari seberapa banyak yang anda tahu tentang organisasi yang anda akan menghadiri temu duga termasuk profil syarikat, sejarah, faedah pekerja yang disediakan oleh syarikat, operasi syarikat, gaya kepimpinan korporat dan fakta lain yang berkaitan.

3. Datang awal dan berpakaian kemas

Menghadiri temu duga kerja dengan lebih awal sangat diterima oleh syarikat. Adalah dinasihatkan untuk tiba 15 hingga 30 minit lebih awal untuk temu duga supaya anda tidak tergesa-gesa dan mempunyai masa untuk berehat kerana syarikat akan lebih menghargai kelakuan ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here