Bagi kebanyakan pelajar di Malaysia, belajar perubatan merupakan impian yang banyak diidamkan. Terutama sekali sambung belajar di luar negara. Walaupun ia mungkin merupakan cabaran yang besar, ia juga memberikan banyak peluang untuk mempelajari cara-cara perubatan  yang berbeza, mengembangkan kemahiran bahasa dan budaya serta memperluaskan jaringan perhubungan profesional.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk anda memenuhi impian tersebut:

  1. Kenali Kelayakan Akademik Anda

Pastikan anda memahami kelayakan akademik yang diperlukan oleh universiti yang anda ingin pilih. Kebanyakan universiti memerlukan calon-calon yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya lima kredit termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan tiga mata pelajaran lain yang relevan. Selain itu, anda juga perlu mempunyai Sijil berkaitan yang setaraf dengannya.

2. Kaji Semua Pilihan Universiti dan Negara

Sebelum memilih universiti di luar negara, pastikan anda membuat penyelidikan yang teliti tentang universiti dan negara yang anda minati. Pelajar perlu mempertimbangkan faktor-faktor seperti kualiti pengajaran, kos pengajian, kos sara hidup dan jangka masa pengajian sebelum membuat keputusan.

BACA JUGA :   Kursk State Medical University Pilihan Tepat Anda

3. Daftar Masuk ke Universiti

Selepas membuat pilihan, langkah seterusnya adalah membuat permohonan ke universiti yang dipilih. Pelajar perlu memastikan mereka menghantar semua dokumen yang diperlukan dan mematuhi semua garis panduan permohonan yang telah ditetapkan oleh universiti.

4. Memperoleh Visa Pelajar

Setelah diterima oleh universiti, pelajar perlu memperoleh visa pelajar bagi membolehkan mereka memasuki negara tersebut dan meneruskan pengajian. Pelajar harus mematuhi semua garis panduan permohonan visa dan memastikan mereka mempunyai semua dokumen yang diperlukan sebelum membuat permohonan. Biasanya setiap negara ada surat penerimaan pelajar untuk urusan visa dan penerbangan pelajar ke universiti.

5. Menyesuaikan Diri dengan Budaya Tempatan

Setelah tiba di negara tersebut, pelajar perlu menyesuaikan diri dengan budaya tempatan. Pelajar perlu mempelajari bahasa tempatan dan memahami budaya sana. Selain itu, pelajar juga boleh rujuk persatuan pelajar yang menghimpunkan semua pelajar dari Malaysia dan negara-negara lain bagi memperluaskan jaringan dan menikmati pengalaman yang berbeza.

6. Mendapatkan Pengalaman Praktikal

Selain pengajaran teori di universiti, pelajar perlu memperoleh pengalaman praktikal dalam bidang perubatan. Pelajar boleh mencari peluang untuk bekerja di hospital tempatan atau mendaftar untuk program latihan klinikal untuk mendapatkan pengalaman praktikal yang diperlukan.

BACA JUGA :   Rusia Kini Menjadi Destinasi Popular Untuk Pelajar Malaysia Sambung Pengajian 

 

7. Meningkatkan Kemahiran Bahasa

Pelajar akan berjumpa dengan orang yang mempunyai bahasa yang berbeza dari bahasa ibunda. Jadi untuk mudah berkomunikasi antara satu sama lain, pelajar boleh mempelajari bahasa lain dan dapat tingkatkan kemahiran pelbagai bahasa.

Anda masih keliru dengan step-step di atas? Hubungi Daulah Educonsult sekarang. Mereka adalah konsultan pendidikan yang berpengalaman dan semua berkaitan pendaftaran universiti, visa, dan lain-lain mereka yang akan uruskan.

Anda juga boleh terus hubungi konsultan Daulah Educonsult melalui talian dibawah untuk syarat kelayakan dan maklumat lebih lanjut mengenai kemasukan.

Nombor pejabat: 03-92851322

Nombor khidmat pelanggan: 018-9624322  https://bit.ly/konsultandaulah-tf

Nombor khidmat pelanggan: 011-70187322 https://jom.chat/csdaulahmedic

Nombor konsultan utama: 013-2090322

Nombor konsultan: 01114307825 (Cik Farhana) https://bit.ly/konsultanfarhana

Atau anda boleh membuat pra pendaftaran melalui link tersebut: https://bit.ly/STUDYABROAD2023

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here