Diet ialah pola pemakanan yang teratur dan terancang untuk tujuan mengekalkan kesihatan, menurunkan berat badan, atau mencapai matlamat kesihatan yang lain. Pemakanan yang sihat dan seimbang membantu badan mendapar nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik, menguruskan berat badan dan mencegah pelbagai penyakit.
Dalam menjalani ibadah puasa ini, admin yakin pasti ada segelintir individu yang berdiet bagi mencapai berat badan yang ideal menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. Pengambilan makanan seimbang semasa bulan puasa amat penting untuk mengekalkan kesihatan kecergasan.
Berikut adalah beberapa tips untuk mengekalkan diet seimbang semasa berpuasa.
Makan makanan yang berkhasiat
- Pilih makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi protein, karbohidrat kompleks, lemak sihat, dan vitamin dam mineral yang mencukupi. Makanan yang mengandungi serat juga sangat penting untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
Minum air secukupnya
- Pastikan minum air secukupnya ketika berbukan dan ketika sahur. Air sangat penting untuk memastikan badan anda terhidrat semasa berpuasa.
Elakkan makanan yang terlalu manis atau berlemak
- Makan dalam kuantiti yang sederhana dan elakkan makanan yang terlalu manis atau berlemak, kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes.
Makan saiz bahagian yang tepat
- Makan saiz bahagian yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan, tetapi jangan berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah pencernaan.
Makan perlahan-lahan
- Makan dengan perlahan membantu proses penghadaman dan memberi masa badan untuk berindak balas terhadap isyarat kenyang.
Hadkan makanan dan minuman yang mengandungi kafein dan gula
- Makanan dan minuman yang mengandungi kafein dan gula boleh mempercepatkan metabolisme anda dan menyebabkan dehidrasi.
Senaman ringan
- Melakukan senaman ringan, seperti berjalan kaki boleh membantu mengekalkan kesihatan badan anda semasa berpuasa.
Jangan melewatkan bersahur
- Sahur adalah hidangan sebelum subuh yang penting untuk memberi tenaga kepada badan sepanjang hari. Makan sahur dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan mengurangkan rasa lapar semasa berpuasa.