anak-anak dah mula tunjuk kriteria untuk menjadi cita-cita yang diinginkan? mungkin kriteria seorang guru, polis, bomba, doktor dan lain-lain?
apa yang parents perlu lakukan? penting ke cita-cita anak di usia muda ni?
Mestilah penting! kerana orang tua juga berperanan penting untuk membentuk dan memupuk serta memberi semangat kepada anak anak supaya mereka dapat berusaha dan dapat mencapai cita-cita mereka.
ini adalah antara bimbingan yang boleh parents tunjuk pada anak-anak ketika usia mereka muda:-
- Tunjukkan semangat anda terhadap minat anak dan cuba untuk memberi motivasi kepada mereka.
- cuba untuk berikan sokongan atay reward untuk mereka jika mereka berjaya mengatasi halangan yang sukar.
- berikan motivasi kepada anak untuk mereka kekalkan cita-cita dan impian hingga umur meningkat dewasa.
-
Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak berkongsi impian dan matlamat mereka. Minta mereka bercakap tentang apa yang mereka mahu capai, perkara yang mereka minati, dan cara mereka mahu membuat sumbangan kepada dunia.
-
Terangkan nilai kerja keras: Bercakap tentang kepentingan kerja keras dan dedikasi dalam mencapai matlamat. Kanak-kanak perlu memahami bahawa untuk mencapai matlamat yang besar memerlukan usaha dan komitmen yang konsisten.
Ingat bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan mereka mempunyai impian yang berbeza. Oleh itu, sangat penting untuk ibu bapa mendengar mereka dengan teliti dan membantu mereka untuk mencapai matlamat mengikut keinginan dan minat peribadi mereka.
Bagaimana untuk ibu bapa mengenalpasti cita-cita anak anda:-
Perhatikan minat dan hobi mereka
Perhatikan apa yang anak-anak suka dan apa yang menggembirakan mereka. Contohnya bidang tertentu seperti seni, muzik, sains, sukan atau membantu orang lain? Minat yang kuat selalunya merupakan penunjuk awal inspirasi masa depan.
Dengarkan apa yang mereka ceritakan
Cuba dengar apa yang ingin mereka cakapkan tentang apa yang mereka bayangkan dan impikan semasa mereka membesar. Biarkan mereka bercakap tentang apa yang mereka mahu capai, pekerjaan yang menarik minat mereka, Mendengar dengan teliti boleh memberikan gambaran tentang cita-cita mereka.
Beri mereka kesempatan untuk mencoba berbagai kegiatan
Galakkan anak-anak untuk mencuba pelbagai aktiviti dan pengalaman. Dengan memberi mereka peluang untuk menyertai kursus, kelab atau aktiviti seperti pergi ke kidzania dan sebagainya. mereka boleh meneroka minat mereka dan mengenali perkara yang mereka suka dan tidak suka.
Antara cita-cita yang dapat mendorang anak-anak ke pekerjaan kerajaan:
Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Doktor Pakar
Tentera
dan lain-lain.
Ibu bapa perlu pantau pergerakkan anak anak supaya dapat mengenal pasti dan sebagainya.
mungkin boleh aturkan flow untuk masa depan anak anda dengan impian dan cita-cita yang diinginkan.
semoga info ini dapat memberi manfaat kepada ibubapa di luar sana.
ANAK ANDA BERMINAT UNTUK SAMBUNG BELAJAR LUAR NEGARA DI UNIVERSITI YANG DIIKTIRAF PENUH?!
Hubungi kami segera untuk makluman lebih lanjut!