Tak semua pelajar lepasan habis spm akan terus sambung study , ada yang kerja dulu, ada yang study dulu atau nak rehat dulu itu based on setiap pelajar . membuat keputusan antara bekerja dan sambung study setelah menamatkan SPM adalah satu keputusan yang penting dan harus dipertimbangkan dengan baik kerana pilihan ini tergantung pada keadaan individu, minat, tujuan hidup, dan peluang yang tersedia.
Bukan bermakna bekerja lebih baik dari belajar , apa yang ingin admin kongsikan hari ini adalah setiap perkara yang kita lakukan pasti ada kelebihan dan kelemahanya. Kalau bekerja kelebihanya adalah anda akan mengetahui sistem pekerjaan , manakala belajar , anda akan tahu sistem pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi berbeza dari sekolah menengah dan rendah.
jadi anda perlu membuat satu keputusan yang terbaik untuk anda mulakan langkah ke masa depan.
pengalaman tu penting ke?
Ya, pengalaman sangat penting bagi perkembangan dan pertumbuhan seseorang kerana dengan adanya pengalaman ia akan memberi impak yang sangat positif untuk kerjaya anda. Contohnya bekerja, Kalau kita bekerja kita dapat mencari satu pengalaman yang sangat luas sebab kita dah tahu sistem pekerjaan tu bagaimana. Kalau anda belajar juga, anda dapat mencari pengalaman dari segi suasana, pembelajaran, situasi dan kawan-kawan. Jadi , pengalaman itu sangat penting untuk diri setiap orang .
jadi ini antara tips yang boleh guna untuk membuat keputusan yang tepat.
Tentukan Matlamat Anda
- Pertama sekali, kita perlu tentukan dulu apa yang diingin dan capai, Jika kita sudah mempunyai matlamat yang jelas ia juga akan membantu kita untuk menumpukan pada perkara yang penting dan relevan dalam membuat keputusan.
Kumpul Maklumat
- Sebelum membuat keputusan yang terbaik kita perlukan matlumat sebanyak yang mungkin untuk kita decide mana yang lebih baik. Kita perlu semak kelebihan, keburukan, risiko dan faedah pilihan yang kita inginkan untuk membantu diri kita dalam membuat keputusan.
Rujuk dengan ahli keluarga dan rakan yang rapat
- Setiap keputusan yang kita lakukan perlu dapatkan nasihat dari orang sekeliling yang dekat, Cuba untuk bincangkan keputusan dengan orang yang kita percayai, seperti rakan, keluarga dan lain-lain. Selain itu , kenapa pentingnya pendapat dan pandangan mereka supaya ia dapat memberikan pandangan baharu dan perspektif yang berharga terhadap keputusan kita.
Beri Masa yang Cukup
- Perkara yang paling penting yang perlu kita elakkan adalah membuat keputusan yang terburu-buru. Kita perlu beri sedikit masa pada diri kita untuk mempertimbangkan pilihan dengan teliti dan dapat menilai maklumat dengan teliti sebelum membuat keputusan muktamad.
Tanggungjawab untuk Keputusan Anda
- Sebaik sahaja kita membuat keputusan, kita perlu kekal bertanggungjawab terhadap keputusan yang kita putuskan dan terima akibatnya sama ada ia positif atau negatif.
Semoga info yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana dalam membuat satu keputusan yang terbaik untuk masa depan yang cerah!
ANDA BERMINAT UNTUK SAMBUNG STUDY DI LUAR NEGARA? BERIMPIAN NAK CARI PENGALAMAN SAMBIL BELAJAR?
hubungi nombor konsultan yang tertera dibawah untuk konsultasi percuma!
Customer Services: 018-9624322
Konsultan Daulah: 018-3845685 – Cik zuraini