Lepas matrikulasi boleh sambung belajar luar negara? Mestilah boleh!

0
69

Peluang belajar itu sentiasa ada dimana-mana. Tak kisah dalam negara mahupun luar, semua tempat adalah tempat menimba ilmu. Tapi mesti anda rasa tak cukup info kan bagaimana nak memohon belajar di luar negara.

Entri kali ini admin akan bantu adik-adik beri sedikit info dan tips untuk sambung belajar luar negara.

Persoalan dan selalu orang taktahu, lepas matrikulasi boleh ke belajar luar negara? Universiti luar negara terima ke sijil matrikulasi ni. Semestinya boleh dan diterima! Sebab sijil matrikulasi ini setaraf dengan A-level. Jadi tiada masalah pun kalau nak belajar di luar negara. Cuma kena tahu prosedur bagaimana untuk mohon belajar di luar negara.

Sebelum itu, ada beberapa yang anda perlu tahu untuk belajar luar negara menggunakan matrikulasi:

BACA JUGA :   Kursk State Medical University tawar bidang Pra Perubatan bagi lepasan SPM/IGCSE/O-Level

1. Keputusan Akademik

Anda perlu memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan matrikulasi. Kebanyakan universiti di luar negara biasanya menetapkan syarat akademik yang tinggi sekurang-kurangnya minima cgpa 3.0.

2. Peperiksaan Tambahan

Sesetengah negara, anda mungkin perlu menduduki peperiksaan tambahan seperti SAT (Amerika Syarikat), IELTS/TOEFL (ujian bahasa inggeris) atau peperiksaan lain bergantung pada keperluan universiti.

3. Biasiswa atau Kewangan

Jika ingin belajar di luar negara, anda boleh memohon biasiswa dari kerajaan atau badan-badan tertentu seperti JPA, MARA atau yayasan-yayasan negeri. Anda juga boleh semak untuk kelayakan membuat pinjaman pendidikan. Selain itu, pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung kos hidup dan yuran pengajian.

BACA JUGA :   Kenapa Anda Wajib Pilih Kursk State Medical Univesity Sebagai Pilihan Utama Sambung Belajar?

4. Dokumen Visa dan Imigresen

Anda juga perlu menguruskan visa pelajar dan memenuhi syarat imigresen negara yang ingin dituju.

Sekiranya anda faham semua syarat ini, anda boleh meneruskan impian untuk belajar di luar negara selepas matrikulasi atau jika anda masih buntu mengenai prosedur, anda boleh sahaja hubungi konsultan Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menguruskan pelajar untuk sambung belajar di luar negara. Konsultasi secara percuma sahaja.

Anda boleh hubungi mereka di talian 011-14307825 untuk maklumat lanjut. Pelbagai bidang dan universiti yang diiktiraf ditawarkan.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here