Setiap kali mendengar lagu K-Pop atau menonton K-drama, pasti ramai yang berangan-angan untuk melancong ke Korea Selatan dan menikmati keindahan suasana serta pemandangannya.
Korea Selatan menjadi destinasi impian bagi ramai rakyat Malaysia yang ingin merasai sendiri keunikan budaya dan gaya hidup masyarakat Korea.
Penghantaran makanan yang mudah dan cepat
Penghantaran makanan di Korea terkenal dengan kemudahan dan kepantasannya. Dengan hanya beberapa klik melalui aplikasi, pelbagai pilihan makanan dari restoran tempatan hingga hidangan antarabangsa boleh sampai terus ke pintu rumah dalam masa yang singkat. Sistem ini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian masyarakat Korea, terutama di kawasan bandar yang sibuk.
Kemudahan wifi di mana-mana
Kemudahan wifi di Korea Selatan sangat meluas, menjadikannya salah satu negara dengan akses internet terbaik di dunia. Wifi percuma boleh didapati di kebanyakan tempat awam seperti stesen kereta api bawah tanah, kafe, restoran, pusat beli-belah, dan kawasan pelancongan. Banyak hotel dan penginapan juga menawarkan wifi percuma untuk tetamu mereka. Ini memudahkan pelancong untuk kekal berhubung, melakukan carian, dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial tanpa perlu bergantung kepada data mudah alih.
Pemandangan yang menarik dan kaya dengan kecantikan semula jadi
Langkahkan kaki ke Pulau Nami dan Pulau Jeju untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang menenangkan. Sebelum berkunjung, pastikan anda melakukan penyelidikan dan memilih musim yang paling sesuai dengan citarasa anda. Jangan lupa ambil banyak gambar OOTD sebagai kenangan indah.
Syurga membeli belah
Bagi peminat membeli-belah, Korea Selatan adalah destinasi impian. Negara ini menawarkan pelbagai jenis barangan yang menarik, dari produk penjagaan kulit seperti pelbagai jenis masker wajah dan alat kosmetik berkualiti tinggi, hingga pakaian fesyen terkini yang sering menjadi ikutan ramai. Selain itu, terdapat juga mainan, cenderamata unik, dan aksesori yang sukar ditemui di tempat lain. Setiap pusat beli-belah dan pasar tradisional memberikan pengalaman berbeza, dari butik mewah di Gangnam hingga pasar malam yang meriah seperti di Dongdaemun.
Pertembungan budaya tradisional dan moden
Korea Selatan kaya dengan warisan budaya tradisional, yang diabadikan melalui pelbagai muzium. Seni bina tradisional juga masih dipelihara di beberapa lokasi, seperti Bukchon Hanok dan Istana Gyeongbokgung. Selain itu, budaya makanan tradisional, seperti kimchi, masih menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kebanyakan penduduk Korea Selatan.
BERMINAT UNTUK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA DAN TEROKAI NEGARA LUAR? SEGERA HUBUNGI DAULAH EDUCONSULT UNTUK KONSULTASI PERCUMA
Untuk makluman lanjut boleh hubungi kami di Daulah Educonsult
Konsultan Daulah: 0189624322