Bahaya ke Gastrik kalau lama-lama?!

0
69

Siapa kat sini pernah kena gastrik? sakit dia hanya Allah je tahu .  Tahu tak? penyakit gastrik ni adalah penyakit di mana lapisan dalam perut kita iaitu mukosa perut meradang atau pedih.  Mukosa perut tugasnya adalah untuk menghasilkan lendir yang melindungi dinding perut daripada asid perut yang kuat.

Apabila mukosa ini meradang, ia tidak dapat  memberikan perlindungan yang mencukupi dan menyebabkan asid perut merosakkan dinding perut dan menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan pada perut kita.

Nak tahu tanda-tanda gastrik ? Jom baca sampai habis .

Sakit Perut
sakit di bahagian atas perut, terutamanya selepas makan atau ketika perut kosong.

Pedih ulu hati
Rasa terbakar atau sakit di bahagian tengah dada, disebabkan oleh asid perut naik ke dalam esofagus.

BACA JUGA :   Sakit Buah Pinggang? Apa Tanda-Tandanya?

Kembung Perut
Rasa kenyang atau kembung, membuatkan perut berasa tidak selesa.

Muntah-Muntah
Kesetiaan yang kadangkala menyebabkan muntah.

Sendawa Berlebihan
Pembuangan angin yang berlebihan dari mulut yang disebabkan oleh gas dalam perut.

Kurang Selera Makan
Hilang keinginan untuk makan atau rasa cepat kenyang.

Najis Gelap atau Berdarah
Tanda pendarahan dalaman jika gastrik menjadi ulser.

Kelesuan
Kehilangan tenaga atau keletihan akibat tidak cukup makan atau muntah berulang kali.

Punca gastrik ni banyak , cuma yang selalunya orang kena gastrik ni disebabkan gemar makan makanan yang pedas , so makanan yang terlalu pedas, berlemak, atau berasid boleh membuatkan pengeluaran asid perut yang berlebihan dan menyebabkan keradangan dan kena gastrik.

BACA JUGA :   Awas! Tanda-Tanda Anda Obses Terhadap Swafoto

Adakah Terdapat Bahaya Gastrik?

Penyakit gastrik boleh jadi berbahaya kalau kita tidak dirawat dengan betul. Walaupun gastrik biasanya tidak begitu serius pada mulanya, komplikasi seperti ulser perut atau pendarahan dalaman boleh menyebabkan masalah yang lebih besar. Jadi kita dapatkan rawatan yang betul ia akan mengurangkan potensi dan dicegah daripada menjadi lebih serius.

Jika anda mengalami simptom seperti sakit perut yang berterusan, najis berwarna hitam atau berdarah, muntah darah, atau penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, Perlu segera dapatkan rawatan doktor di hospital atau klinik yang berdekatan.

Semoga info ini dapat memberi manfaat untuk anda di luar sana , nak tahu tentang info apa lagi? cuba komen dekat bawah!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here