Institut Pertanian Bogor (IPB) memang terkenal sebagai salah satu universiti terbaik di Indonesia, terutama dalam bidang pertanian dan sains veterinar. Kalau kita cakap pasal Fakulti Kedoktoran Haiwan IPB, memang tak dapat dinafikan program veterinar mereka sangat berkualiti. Universiti ini diiktiraf oleh MQA dan MVC. Syarat kemasukan sangat mudah dan tak ketat. Yuran pengajian lebih jimat berbanding belajar dalam Malaysia. Bahasa dan budaya lebih kurang sama saja di Malaysia

Apa yang buat IPB ni istimewa? Pertama sekali, pensyarah mereka memang pakar dalam bidang masing-masing. Bukan setakat mengajar, mereka juga ada pengalaman luas dalam dunia veterinar dan penyelidikan.

Selain itu, kemudahan di fakulti. Ada makmal canggih, hospital haiwan, dan fasiliti lain yang membuatkan pelajar dapat buat latihan praktikal. Jadi, masa belajar tu, pelajar dah biasa dengan dunia sebenar veterinar.

IPB juga aktif dalam penyelidikan, terutama dalam bab penyakit haiwan dan bioteknologi veterinar. Pelajar bukan setakat belajar teori, tapi dapat terlibat dalam projek penyelidikan yang sebenar. Ini bagi mereka pengalaman tambahan yang berharga.

Satu lagi kelebihan IPB ialah mereka ada hubungan rapat dengan industri. Maksudnya, pelajar dapat peluang kerja dan latihan praktikal dengan syarikat-syarikat besar dalam bidang veterinar dan pertanian.

Program veterinar di IPB ni juga diiktiraf antarabangsa, jadi tak hairanlah ramai yang pilih universiti ni untuk sambung belajar. Dengan semua kelebihan ni, tak salah kalau cakap IPB memang pilihan terbaik untuk sesiapa yang nak jadi doktor haiwan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here