Siapa kat sini suka tentang kapal terbang? suka enjin kenderaan? posting kali ni memang untuk korang.
ada perbezaan tau antara kejuruteraan mekanik dan kejuruteraan pesawat tetapi terdapat beberapa perbezaan utama antara keduanya. Kedua-dua bidang ini melibatkan prinsip asas kejuruteraan yang sama, seperti mekanik, termodinamik, dan material, namun fokus dan aplikasinya berbeza.
kalau kejuruteraan pesawat (aircraft engineering) cabang khusus dalam kejuruteraan yang memfokuskan pada reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan, dan pembaikan pesawat terbang. Ia melibatkan pengkhususan dalam komponen pesawat seperti sayap, enjin, avionik, sistem hidraulik, dan struktur pesawat. kejuruteraan pesawat ni lebih tertumpu kepada industri penerbangan, di mana jurutera pesawat bekerja dengan pesawat komersial, pesawat tentera, dan pesawat ringan, dengan tujuan memastikan keselamatan dan keberkesanan operasi penerbangan.
jadi antara pengetahuan yang perlu mereka fahamkan adalah bagaimana penyeliaan udara berfungsi serta prinsip penerbangan dan keselamatan sangat penting dalam industri penerbangan.
Prospek kerjaya
Mostly ramai orang fikir aircraft ni pilot , no! aircraft bukan pilot tapi aircraft adalah jurutera untuk sesebuah kapal terbang. Kerjaya dalam kejuruteraan pesawat lebih khusus menawarkan peluang yang sangat baik dalam industri penerbangan .
Antara kerjaya kejuruteraan pesawat (aircraft engineering)
1. juruteknik pesawat (Aircraft Maintenance Technician)
2. Pengawal Trafik Udara ( Air Traffic Controller)
3. Jururunding penerbangan ( Aviation Consultant)
4. Reka bentuk dan Kejuruteraan Aeronautik
5. Pegawai keselamatan penerbangan ( Aviation safery Officer)
6 dan banyak lagi cabang.
Industri penerbangan menawarkan pelbagai peluang kerjaya yang masih berkembang pesat, terutamanya di negara-negara dengan sektor penerbangan yang besar seperti Malaysia. Pilihan kerjaya ini memerlukan latihan dan kemahiran yang sesuai, tetapi ia memberi prospek pekerjaan yang stabil dan pelbagai pilihan bagi mereka yang berminat dalam bidang ini.
Jika anda berminat untuk bekerja dalam industri penerbangan, adalah pilihan yang tepat untuk masa depan.
_____________________________________________________
anda berminat nak sambung belajar dalam bidang kejuruteraan pesawat (Aircraft engineering)? hubungi konsultan dibawah untuk makluman lebih lanjut
Customer services: 018-9624322 – Cik zuraini
Konsultan Utama: 018-3845685 – Cik zuraini
No pejabat: 03-9285 1322