Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan dan keselamatan makanan. Kerjaya sebagai veterinar di Malaysia juga sangat “high-demand” kerana tempat untuk pelajar di universiti sangat terhad.

Selain di Malaysia, Indonesia juga menawarkan beberapa universiti terbaik dalam bidang ini dengan kemudahan moden dan kurikulum bertaraf antarabangsa. Berikut adlaah beberapa sebab utama mengapa ramai pelajar memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang veterinar di Indonesia:

  • Kurukulum Bertaraf Antarabangsa – Program veterinar di universiti terkemuka Indonesia disusun mengikut keperluan global dan menekankan aspek teori serta praktikal.
  • Kemudahan dan Teknologi Moden – Universiti-universiti menawarkan makmal sains veterinar yang dilengkapi dengan teknologi canggih serta hospital veterinar untuk latihan klinikal.
  • Tenaga Pengajar Berpengalaman – Pensyarah yang mengajar dalam program ini terdiri daripada doktor veterinar profesional dan penyelidik yang berpengalaman dalam bidang kesihatan haiwan.
  • Peluang Kerjaya Luas – Graduan program ini boleh bekerja dalam pelbagai bidang termasuk klinik haiwan, industri penternakan, penyelidikan perubatan veterinar dan agensi kesihatan awam.

Universiti Terbaik di Indonesia untuk Program Veterinar

  1. Universiti Airlangga (UNAIR)

UNAIR merupakan universiti yang sangat terkenal dengan program Kedokteran Hewan yang berprestij. Ia menawarkan kurikulum komprehensif yang meliputi kajian sains veterinar asas, diagnosis penyakit haiwan, dan rawatan klinikal. Pelajar juga mendapat pendedahan kepada pengalaman kerja melalui hospital haiwan yang dikendalikan oleh universiti.

2. Institut Pertanian Bogor (IPB)

IPB menawarkan program Kedokteran Hewan dengan sistem mayor-minor yang memboleh kan pelajar memperluaskan kepakaran mereka dalam pelbagai bidang berkaitan veterinar. Kurikulumnya memberi penekanan kepada latihan klinikal dan penyelidikan saintifik dalam kesihatan haiwan.

3. Universitas Gadjah Mada (UGM)

UGM adalah antara universiti tertua dan paling berprestij di Indonesia. Program veterinar di UGM terkenal kerana menyediakan pendidikan yang seimbang antara teori dan praktikal. Universiti ini juga menawarkan pelbagai program penyelidikan dalam perubatan veterinar.

 

Bercita-cita untuk menjadi doktor veterinar? Jom dapatkan konsultasi lanjut berkenaan sambung belajar di Indonesia bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult adalah konsultan yang membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka berpengalaman lebih dari 10 tahun di dalam industri ini. Hubungi mereka untuk sesi konsultasi percuma.

Layari website:
www.daulahmedic.com

https://wa.me/601114307825 (Consultant Farhana)
https://wa.me/60189624322 (Customer Service)

Anda juga boleh isi borang pra permohonan secara online disini: https://forms.fillout.com/t/tyDB9jw5imus

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here