Dalam kalangan pelajar Malaysia yang bercita-cita menjadi doktor, pemilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sering menjadi topik hangat, terutama sekali kalau pelajar yang memilih pilihan di luar negara, khususnya ke Rusia. Rusia semakin menjadi pilihan utama pelajar Malaysia kerana faktor kos yang lebih murah dan kualiti pendidikan yang kompetitif. Tetapi, persoalannya adakah ia benar-benar murah dan berbaloi?
Kos pengajian yang lebih murah
Salah satu tarikan utama melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Rusia ialah yuran pengajian yang lebih rendah berbanding negara lain seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan juga Malaysia untuk universiti swasta. Secara purata, kos yuran tahunan bagi pengajian perubatan di Rusia adalah sekitar RM 14,000 hingga RM 32,000 bergantung universiti dan lokasi, jauh lebih murah berbanding negara barat yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit setahun.
Selain itu, kos sara hidup di Rusia (selain Moscow dan St. Petersburg) juga lebih rendah berbanding negara-negara lain. Dengan perbelanjaan bulanan sekitar (RM800 hingga RM1,500) pelajar boleh menikmati kehidupan yang selesa dengan kos yang berpatutan.
Pengiktirafan dan Akreditasi
Universiti perubatan di Rusia diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa seperti World Health Organization (WHO), Malaysian Medical Council (MMC) bergantung kepada universiti tertentu dan Malaysian Qualification Asseciation (MQA). Pelajar Malaysia perlu memastikan universiti yang dipilih diiktiraf untuk membolehkan mereka berdaftar dan berkhidmat di Malaysia selepas tamat pengajian.
Antara universiti yang mendapat pengiktirafan Malaysia ialah:
- Kursk State Medical University
- Volgograd State Medical University
- I.M Sechenov First Moscow State Medical University
- Privolshky Research Medical University
- N.I Pirogov Russian National Research Medical University
Bahasa Pengantar
Kebanyakan universiti menawarkan kursus perubatan dalam bahasa Inggeris, tetapi pelajar biasanya diwajibkan mengikuti kelas bahasa Rusia yang telah disediakan dalam silibus untuk membolehkan mereka berkomunikasi secara harian atau dengan pesakit semasa latihan klinikal nanti.
Komuniti Pelajar yang Kuat dan Aktif
Satu lagi faktor yang menjadikan belajar Medic di Rusia berbaloi ialah komuniti pelajar yang kukuh dan menyokong antara satu sama lain. Di kebanyakan universiti di Rusia, terdapat persatuan pelajar Malaysia yang aktif.
Persatuan ini bukan sahaja menganjurkan program ilmiah dan sosial, tetapi juga membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan kehidupan di Rusia. Mereka juga sering bekerjasama dengan Education Malaysia Russia (EMR) di bawah Kedutaan Malaysia untuk menjaga kebajikan pelajar.
Bagi pelajar Muslim pula, kemudahan seperti makanan halal, tempat solat, serta sokongan komuniti Islam antarabangsa turut tersedia di bandar-bandar besar. Ini menjadikan pelajar lebih selesa dari segi fizikal dan emosi sepanjang tempoh pengajian.
Kesimpulannya, adakah belajar perubatan di Rusia murah dan berbaloi?
Ya, pelajar perlu bijak memilih universiti yang diiktiraf dan bersedia dari segi mental dan bahasa. Kosnya lebih rendah berbanding negara lain dan peluang untuk berjaya sebagai kerjaya doktor tetap terbuka luas.
Nak tahu lebih lanjut mengenai perubatan di Rusia? Anda boleh hubungi Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult adalah konsultan yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan pelajar untuk mendapatkan tempat di luar negara seperti Rusia, Indonesia, Mesir dan banyak lagi.
Klik link ini untuk maklumat lanjut > https://apply.daulahmedic.com/ksmu