Buku ‘ Suamiku Dajjal ‘ karya Aiman Banna ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Anis Safia yang mempunyai impian mengahwini seorang lelaki alim untuk menjadi peneman hidupnya.
Seperti kebanyakan gadis masa kini, Safia mempunyai impian sebegitu rupa kerana terpengaruh dengan drama dan novel-novel cinta ‘ cliche ’ di mana pasangan kekasih akan selalunya mempunyai pengakhiran kisah cinta yang romantik.
Dapatkan Buku Suamiku Dajjal Ini Dengan Harga Istimewa 20% Diskaun Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Lelaki idamannya yang berperwatakan alim bernama Adam Wafiy, akhirnya muncul dek pertemuan mereka di sebuah pesta buku. Setelah beberapa bulan berkenalan dengan Adam, mereka berdua akhirnya memeterai ikatan yang sah.Namun, rumahtangga mereka mula bergolak dan di situ lah bermulanya ketabahan Adam dalam memastikan isterinya itu menerimanya kembali.
Konflik yang dititipkan Aiman Banna hadir apabila Safia mendapat tahu bahawa Adam bukanlah lelaki alim seperti yang disangka sebelum ini.
Kisah masa silam Adam yang penuh dengan dosa dan perbuatan jahiliah membuatkan Safia tidak lagi memandang suaminya itu dengan perasaan yang sama. Rumahtangga impian yang diimpikan Safia berkecai begitu sahaja kerana dosa-dosa suaminya yang disifatkan sebagai ‘ Dajjal ‘.
Pada masa yang sama, Adam sudahpun bertaubat dan menginsafi dosa-dosa silamnya. Dia sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah. Adam sedar, Safia berkelakuan sebegitu apabila mengetahui segelintir sahaja daripada dosa yang pernah dilakukannya.Apa akan jadi sekiranya isterinya itu mengetahui kesemua dosa-dosa dan amalan jahiliahnya sebelum ini.
“Adam bukanlah lelaki alim seperti yang disangka sebelum ini”
Ternyata, segala taubatnya itu tidak dapat melunturkan sifat amarah Safia terhadapnya. Tetapi dia tahu, dia sudah cuba berhijrah tetapi tidak boleh dengan sekali taubat terus jadi malaikat.
Babak penceritaan dalam buku ini juga sedikit sebanyak menyentuh persoalan mengenai manusia yang dengan mudahnya menilai dan menghakimi manusia lain di atas dosa silamnya. Ramai manusia di zaman ini sibuk menjadi ‘ Tuhan ’ dengan menghukum orang dan bukannya cuba mencetuskan semangat untuk terus meminta keampunan daripada Allah SWT.
Dapatkan Buku Suamiku Dajjal Ini Dengan Harga Istimewa 20% Diskaun Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Begitulah yang boleh diibaratkan dalam konflik antara Anis Safia dan Adam Wafiy. Semua manusia tiada yang sempurna, tetapi yang penting adalah usaha untuk sentiasa menjadi Hamba-Nya yang lebih baik. Andai kata niat hamba-Nya itu suci, nescaya Allah yang Maha Pemurah itu akan mempermudahkan segala urusan.
“Rumahtangga impian yang diimpikan Safia berkecai begitu sahaja kerana dosa-dosa suaminya yang disifatkan sebagai ‘Dajjal‘.”
Tidak dinafikan juga, Aiman Banna turut mengajak pembacanya untuk turut sama-sama menilai kembali kepercayaan yang diberikan kepada pasangan hidup masing-masing.
Sejauh manakah kita mampu menerima pasangan kita itu setelah mengetahui segala kekhilafannya ? Jikalau benar rumahtangga itu dibina atas dasar cinta, masakan begitu mudah ianya retak hanya kerana dosa-dosa silam yang sudahpun diinsafi.
Ternyata nilai kesetiaan itu begitu mudah diperdaya hanya dengan perwatakan dan juga angan-angan. Semua manusia inginkan yang terbaik, tetapi dalam mengejar yang terbaik itu kadang-kadang ramai manusia terlupa bahawa kesempurnaan itu hanya datang dari Allah.
“Tetapi dia tahu, dia sudah cuba berhijrah tetapi tidak boleh dengan sekali taubat terus jadi malaikat”.
Justeru, buku ‘ Suamiku Dajjal ‘ ini pastinya perlu dimiliki oleh para pembaca-pembaca di luar sana. Jalan cerita lain daripada yang lain berserta ‘ plot twist ‘ mendebarkan ini akan meruntun emosi menerusi garapan watak-watak yang semestinya membuatkan para pembaca tertunggu-tunggu sehingga ke akhir cerita.
Dapatkan Buku Suamiku Dajjal Ini Dengan Harga Istimewa 20% Diskaun Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Penceritaan yang diselitkan dengan banyak petikan ayat Quran dan sarat dengan motivasi ini pasti akan membantu anda muhasabah diri dalam menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Dapatkan buku Suamiku Dajjal ini di www.Daulah.com dengan harga diskaun istimewa dengan segera ! Stok adalah terhad, jadi dapatkan sebelum terlambat.