Kini, filem Badang yang dilakonkan oleh Datuk Seri Aliff Syukri banyak mendapat kecaman dari netizen. Anda semestinya sudah mengetahui sebabnya.

Malah, Datuk Aliff mengatakan bahawa filem Badang ini mampu menandingi filem Black Panther yang kini hangat ditayangkan di pawangam dan mendapat sambutan yang sangat meriah seluruh dunia.

Amyza Aznan
Badang menandingi Black Panther? Sumber foto: WOB

Jarang untuk seorang pelakon menegur lakonan seseorang akan tetapi tidak bagi Amyza Aznan. Dia menegur usahawan kosmetik tersebut agar tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetiknya.

Tambahan lagi, Amyza berkata usahawan berkenaan tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni tersebut.

Amyza Aznan

Di dalam status Facebooknya mengatakan “kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon dan menyanyi, masalahnya bagus ke?”

Amyza Aznan mengakui laman sosial sangat membantu publisitinya dan memuat naik perkembangan terbarunya untuk para peminat.

Selain itu, di status Facebooknya mengatakan juga “Aku benci orang berduit kaya raya ni, menggunakan platform seni untuk empayar bisnes dia orang. Ini tempat kami cari makan. Bisnes kami, dia tidak layak sebab tiada bakat langsung”.

Amyza Aznan
Sumber: MStar

Amyza menulis komen berkenaan pada status pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin bagi mengulas tentang tindakan Aliff Syukri yang melenting apabila lakonannya dalam filem Badang dikritik penonton.

Menurut Shahrulezad, Aliff seharusnya menerima komen negatif daripada penonton yang sememangnya menjadi lumrah industri seni.

Katanya, dia yang sudah melibatkan diri dalam industri sejak 20 tahun lalu masih menerima pelbagai kritikan.

Amyza Aznan

“Abang yang dua puluh tahun orang kutuk drama pun telan saja dengan kritikan itu sebab tahu dengan kritikan itulah kita akan belajar dan perbaiki,” ujarnya.

Tambahnya, kekayaan yang dimiliki oleh usahawan itu tidak semestinya mampu membeli kata-kata pujian dan sanjungan semua pihak.

Aliff yang membawakan watak adiwira Badang dalam filem tersebut kecewa dan terguris hati apabila lakonannya dikritik penonton.

Pengasas D’herbs ini menerusi Instagramnya meminta netizen tidak mengecam lakonannya secara melampau dan menghargai bakat serta penat lelahnya berlakon.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber:MStar

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here