Beberapa hari lepas, seorang lelaki Rohingya mencetuskan kekecohan apabila didapati cuba menculik seorang kanak-kanak di pasar malam. Menurut laporan, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6,30 petang di sebuah pasar malam di kawasan Kuala Kangsar, Perak.

Lelaki Rohingya
Kejadian berlaku di Pasar Malam Kuala Kangsar, Perak. Sumber foto : ChinaPress

Pada masa itu, ibu kanak-kanak tersebut yang merupakan seorang peniaga sayur, sedang sibuk menjual dan melayan pembeli-pembeli di gerainya. Secara tiba-tiba, dia terdengar suara anak perempuannya menjerit dan menangis ketakutan di belakang sebuah lori berdekatan. Lantaran itu, dia meminta suaminya untuk pergi memeriksa apa yang berlaku.

Suaminya kemudian mendapati seorang pemuda sedang memegang keras tangan anak perempuannya itu. Bimbang dengan apa yang berlaku, ayahnya terus menghalang lelaki itu sebelum menjerit meminta tolong daripada orang ramai.

BACA JUGA :   Kerajaan Negeri Perak Bakal Bina Tempat Rehat Dan Rawat Bagi Rider.
Lelaki Rohingya
Kanak-kanak itu dilaporkan masih trauma. Sumber foto : ChinaPress

Difahamkan, pemuda itu adalah seorang lelaki Rohingya berusia 21 tahun yang datang daripada kem pelarian 2 tahun lepas. Kini, lelaki Rohingya itu menyara kehidupan dengan bekerja sebagai pengutip barang-barang terpakai di sekitar Kuala Kangsar.

Setelah ditangkap dan diiikat oleh orang ramai, suspek itu mendakwa tujuannya merangkul kanak-kanak itu hanyalah untuk mengambil gambar. Seperti yang dijangka, orang ramai tidak mempercayai kata-katanya kerana dia seolah-olah menipu.

Jika benar tujuannya hanyalah ingin mengambil gambar, mengapa kanak-kanak itu kelihatan begitu takut dan menangis di tempat kejadian ?

Tidak lama kemudian, pihak polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai. Kanak-kanak itu walaubagaimanapun masih trauma dengan apa yang berlaku.

BACA JUGA :   Adakah Kerajaan Sibuk Menolong Rohingya Sehingga Mengabaikan Nasib Rakyat Di Negara Sendiri ?
Lelaki Rohingya
Sumber foto : ChinaPress

Berdasarkan laporan yang dibuat, sebenarnya suspek itu pada awalnya membeli sayur-sayuran di gerai ibu kanak-kanak itu. Namun, suspek dilaporkan pergi ke belakang lori selepas beredar daripada gerai itu.

Pasangan suami isteri itu mengakui sepanjang 20 tahun mereka berniaga, ini adalah kali pertama mereka berhadapan dengan situasi sebegini. Mereka berharap agar media arus perdana membuat liputan tentang kes ini agar ibu bapa yang lain akan lebih berhati-hati dengan keselamatan anak-anak mereka apabila berada di tempat awam.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here