Book Fair ataupun Pesta Buku sememangnya menjadi tumpuan pencinta-pencinta buku dari seluruh pelusuk negara. Ini merupakan medan kepada mereka untuk memburu buku-buku yang sudah lama diidam-idamkan.

Namun begitu, perancangan yang rapi haruslah dibuat sebelum berkunjung ke pesta buku. Ikuti 5 tips di bawah bagi melancarkan kunjungan anda ke pesta buku;

1. Buat Senarai Semak Buku Yang Ingin Dibeli

Pesta Buku

Senarai semak akan mengawal anda daripada boros berbelanja dan rambang mata memilih buku tanpa mengambil kira bajet yang anda ada untuk membeli buku. Jangan lupa, sediakan wang yang secukupnya pada hari kejadian.

Kira sekali jumlah tambang bagi yang menggunakan pengangkutan awam dan kos tol serta petrol bagi yang menggunakan kenderaan sendiri.

2. Sediakan Beg Plastik/Beg Membeli Belah Anda Sendiri 

Jika anda bercadang untuk membeli buku dalam kuantiti yang banyak, pastikan anda membawa beg yang boleh digalas ataupun ditarik seperti troli dan sebagainya.

Ini bagi memudahkan pergerakan anda dan mengelakkan anda daripada penat memikul buku-buku tersebut kehulu-kehilir.

3. Kenalpasti Lokasi Dan Kedudukan Gerai Buku Yang Ingin Dibeli

Pesta BukuDi pesta buku, anda sudah pasti tidak mahu tersesat tanpa arah tuju di tempat yang dibanjiri ribuan manusia. Mengenalpasti kedudukan gerai buku dengan awal juga dapat menjimatkan masa anda di samping memastikan ‘mood’ anda kekal positif.

4. Beli Di Kedai Penerbit Buku Dan Bbukannya Pengedar Buku

Sekiranya anda membeli buku di gerai penerbit buku, anda kebiasaannya akan ditawarkan harga diskaun yang lebih tinggi. Harga sebegini jarang anda dapat jika anda membeli buku di gerai pengedar.

5. Pilih Hari Yang Bersesuaian Untuk Pergi

Sebaiknya, datanglah ke pesta buku pada hari bekerja kerana pada waktu ini keadaan kurang sesak. Berkunjung pada hujung minggu tidak begitu digalakkan kerana tempat akan menjadi penuh sesak dan anda akan rasa tidak selesa untuk berjalan dan memilih buku yang ingin dibeli.

Akhir kata, cintailah buku kerana bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca !

Pesta Buku
Pesta Buku

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here