Bagi graduan-graduan khususnya dalam bidang bahasa dan juga bidang-bidang yang lain, pasti ada di antara anda yang agak keliru tentang skop kerjaya manakah yang patut anda ceburi. Di zaman globalisasi yang kian mencabar ini, peluang kerjaya tidak kira di sektor kerajaan mahupun swasta menuntut persaingan yang sangat kuat.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Namun, sekiranya anda merupakan seorang lepasan graduan dan mempunyai nilai tambah dalam pembacaan buku, anda tidak perlu khuatir kerana terdapat beberapa kerjaya yang sangat sesuai bagi anda.

  1. AHLI ARKIB
Sumber : The British Postal Museum

Istilah ahli arkib mungkin kedengaran agak janggal bagi segelintir daripada anda. Secara umumnya, skop kerja ahli arkib adalah menguruskan sebarang dokumen ataupun bahan yang mempunyai kepentingan khususnya dari sudut sejarah kepada pihak individu, organisasi dan juga negara.

Antara contoh bahan arkib yang lazimnya didaftarkan termasuklah peta, gambar-gambar lama, buku dan banyak lagi. Di sinilah kebolehan anda dalam pembacaan akan membantu anda dalam melaksanakan kerja sebagai seorang ahli arkib.

Seperti kebanyakan kerjaya, ahli arkib juga berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dan diambil berkerja di institusi yang berprestij seperti Jabatan Arkib Negara, muzium dan sebagainya.

  1. PUSTAKAWAN

Pustakawan umumnya bertanggungjawab untuk memilih dan menyusun bahan bacaan untuk membantu para pembaca mendapatkan buku ataupun dokumen yang dingini dengan sistematik serta efisien.

Meskipun pustakawan lazimnya mengendalikan bahan bercetak, namun arus modenisasi yang bergerak pantas menuntut para pustakawan untuk sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Misalnya, pustakawan mestilah sentiasa cakna dengan sumber-sumber elektronik menggunakan internet, pangkalan data berkomputer, e-book dan sebagainya.

Berbekalkan pengalaman yang cukup, pustawakan juga berpeluang menceburi pangkat yang lebih tinggi seperti ketua jabatan, pengarah perpustakaan ataupun ketua pegawai maklumat.

  1. PENTERJEMAH

Fasih dalam lebih daripada satu bahasa merupakan nilai tambah yang sangat penting dalam kerjaya sebagai penterjemah. Umumnya, anda akan terlibat dengan penterjemahan bahan bacaan seperti buku dan majalah dalam bahasa asing kepada bahasa Melayu dan juga sebaliknya.

Terdapat banyak bahan bacaan yang memerlukan penterjemahan seperti yang berkaitan dengan bidang pendidikan, undang-undang, sastera, saintifik dan banyak lagi.

Di samping mempunyai kemahiran berbahasa yang kompeten, anda juga perlulah mahir menggunakan perisian komputer yang akan digunakan dalam memproses maklumat.

  1. PENGARANG

Pengarang ataupun lebih dikenali dengan istilah penulis, mempunyai tugas untuk menulis sesuatu isi kandungan dan karya yang ingin diterbitkan.

Kemahiran penulisan yang cemerlang ditambah dengan skil mengkomersilkan karya amatlah berguna bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Sebagai seorang penulis juga, anda mestilah sering berhubung dengan editor bagi memastikan karya anda menepati standard penerbitan.

Meskipun sering dipandang enteng, kerjaya sebagai seorang penulis ini sebenarnya menjanjikan pendapatan yang lumayan bergantung kepada hasil jualan karya anda tidak kira lah melalui ‘ self-publish ‘ ataupun menerusi syarikat penerbitan. 

  1. EDITOR

Sebagai seorang yang mempunyai kemahiran dalam menganalisis dan menyemak karya-karya pembacaan, menjadi editor merupakan satu pilihan kerjaya yang pastinya sudah sebati dengan jiwa anda.

Kebolehan anda untuk merancang, menyusun bahan bacaan sebelum dicetak amatlah diperlukan.

Selain itu, skil anda juga berguna dalam menyunting sebarang kesalahan tatabahasa dan isi kandungan yang dirasakan tidak sesuai untuk dipaparkan. Sebagai contoh, isi kandungan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak ataupun isu yang dikhuatiri mengundang pelbagai kontroversi.

Di samping itu, kerjaya sebagai seorang editor juga memerlukan anda untuk berkerjasama dengan kumpulan produksi termasuklah pereka grafik, pengarah pemasaran, kakitangan susun atur dan ramai lagi.

Jawatan editor ini banyak ditawarkan bukan sahaja di syarikat penerbitan malah juga di syarikat yang menawarkan servis atas talian.

  1. PENJUAL BUKU
Sumber : Beattie’s Book Blog

Berbeza dengan kerjaya-kerjaya yang lain, penjual ataupun pengedar buku memerlukan kemahiran khusus dari segi bisnes dan keusahawanan.

Anda mestilah cekap dalam menguruskan stok-stok buku termasuklah membuat penempahan dan penghantaran. Anda juga haruslah mempunyai mentaliti yang cekal dalam perniagaan dan tidak mudah berputus asa.Kebiasaannya, anda akan berkerja tanpa majikan.


Jom Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Termurah Di Malaysia!


Melihat dari satu sudut yang lain, ini merupakan satu platform untuk anda meluaskan perniagaan buku anda di samping membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Bagi anda yang merupakan pencinta buku, sudah tentunya membekalkan buku kepada pembaca-pembaca merupakan satu kepuasan bagi anda.

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here