Dengan pelancaran kereta Model 3 yang terbaru pada minggu lepas, syarikat Tesla semakin mengorak langkah dalam menjadi peneraju kepada industri automotif di dunia. Meskipun tidaklah begitu lama syarikat Tesla telah berada dalam industri ini, namun impak yang diberikan ternyata sangatlah besar.
Dengan sekelip mata sahaja, nama kereta buatan syarikat Tesla ini sudah meniti di bibir-bibir peminat industri automotif. Pengeluaran kereta berteknologi canggih ini ternyata menarik perhatian dunia.
Dapatkan Buku Idaman Anda Dengan Harga Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Apa-apapun, ada satu persoalan yang lebih besar. Bagaimanakah Tesla bakal mencorak halatuju industri ini ? Ayuh sama-sama kita rungkai.
AUTOPILOT
Tesla mula memperkenalkan kereta yang dilengkapi sistem Autopilot pada tahun 2015. Ini merupakan pertama kali sistem separa-automatik ini digunakan untuk kenderaan berjenama.
Walaupun sistem itu tidaklah sepenuhnya automatik, ciri utama autopilot yang diberi nama Autosteer itu mampu mengekalkan kereta di laluan jalan dengan mengawal laju dan jarak antara kereta yang berada di hadapan.
Tidak dinafikan, mempunyai sistem autopilot yang stabil merupakan impian semua pengeluar-pengeluar kereta. Sejak ini diperkenalkan oleh Tesla, banyak syarikat pengeluar kereta mula bercadang untuk turut menggunakan sistem pemanduan automatik ini pada kereta mereka.
Ini memberi petanda bahawa industri permotoran dunia semakin menuju ke arah Autopilot.
MENGGUNAKAN SUMBER ELEKTRIK
Komitmen Tesla untuk menghasilkan kereta menggunakan sumber elektrik kepada orang ramai terbukti memberi pengaruh yang sangat besar. Dua model Tesla sebelum ini iaitu Model S dan X telahpun menempa kejayaan di samping meningkatkan nilai saham syarikat itu kepada USD56 billion.
Dapatkan Buku Idaman Anda Dengan Harga Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Menjelang tahun 2040, para pengalisis berpendapat bahawa 54 peratus kereta di bumi akan menggunakan sumber elektrik. Menteri Alam Sekitar negara Perancis telah mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu akan menghentikan penjualan bahan api fosil bermula tahun 2040. Ini juga diikuti oleh United Kingdom.
Volvo juga berkata bahawa mereka tidak akan lagi mengeluarkan kereta yang menggunakan minyak pada tahun 2019.
DESIGN
Jika kita lihat kebanyakan model kereta elektrik yang berada di pasaran pada hari ini, ramai yang bersetuju bahawa design kereta-kereta tersebut tidaklah begitu menarik. Namun, design Model S dan Model X yang dikeluarkan sebelum telah berjaya memukau mata banyak pihak dengan designnya yang begitu menggoda.
Tesla telah berjaya membuat kereta elektrik kelihatan cool dan menawan.
Walaupun Model 3 yang terbaru ini tidaklah secantik dua model tersebut, orang ramai masih berebut untuk mendapatkannya. Dianggarkan sekitar setengah juta pembeli telah menempah kereta tersebut sebelum ia dikeluarkan di pasaran.
Di bahagian dalam kereta pula, tidak pernah ada pengeluar yang mengambil langkah berani seperti Tesla yang menukarkan bahagian kawalan kereta dengan sebuah tablet touchscreen 17 inci.
Boleh dikatakan ini adalah langkah yang unik tatkala pengeluar-pengeluar kereta yang lain masih teragak-agak untuk melakukan pembaharuan.
PERISIAN
Ini mungkin merupakan satu perkara yang tidak digemari oleh ramai pihak. Kebolehan Tesla untuk mengemaskini perisian kenderaannya mungkin membuatkan seluruh industri cenderung menjadi ‘outdated’.
Dapatkan Buku Idaman Anda Dengan Harga Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Tesla mungkin perlu berhati-hati dengan perkara ini kerana sistem kemaskini perisian ini mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
MASA DEPAN TESLA
Kejayaan Tesla pada masa yang akan datang bergantung kepada banyak faktor. Salah satunya adalah kemampuan syarikat ini untuk meningkatkan pengeluaran pada skala yang besar.
Menurut Elon Musk, Tesla mempunyai visi yang jelas dalam meningkatkan kelestarian sistem pengangkutan kepada orang ramai. Ini adalah sebab mengapa kereta elektrik syarikat itu dikeluarkan dengan begitu banyak di pasaran.
Kita dapat lihat betapa cepatnya Tesla ini menjadi salah satu peneraju kereta elektrik di dunia. Sudah pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Nantikan update daripada kami mengenai model terbaru keluaran Tesla.
____________________________________________________________________
Sumber : Tesla
Business Insider
The Verge