Penurunan yang mendadak dalam proses penapisan minyak di China pada bulan Julai mungkin merupakan satu petanda amaran bahawa permintaan minyak mentah di negara pengimport terbesar dunia itu akan menjadi sederhana pada tahun ini.


Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Hasil pengeluaran daripada kilang penapisan adalah 45.5 juta tan metrik minyak mentah pada bulan Julai, atau kira-kira 10.71 juta tong sehari (bpd), kadar operasi yang terendah sejak September tahun lepas, dan penurunan 500,000 tong sehari dari bulan Jun.

Sumber foto : Oil and Gas People

Dalam tempoh 7 bulan pertama tahun ini, kilang penapisan menghasilkan 11.04 juta tong sehari, naik 2.9 % berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Meskipun import telah meningkat sebahagiannya untuk mengimbangi keluaran minyak mentah domestik yang lebih rendah, bahagian yang lebih besar daripada pembelian tambahan luar negara telah disalurkan kepada inventori. Kedua-dua urusan dipegang oleh syarikat penapisan dan strategik.

Aliran inventori inilah yang menjadi sebab kepada peningkatan import minyak mentah di China. Tetapi, ada tanda-tanda yang menunjukkan kadar peningkatan ini akan menjadi sederhana apabila memasuki fasa kedua tahun ini.

KETIDAKPASTIAN  BEKALAN

China kini masih lagi berada di tahap 46% sebelum mencapai sasaran untuk menyimpan bekalan minyak mentah strategik yang bersamaan dengan 90 hari import, menurut perkiraan yang dibuat oleh Penyelidik dan Ramalan Minyak Thomson Reuters.


Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Ini sekaligus bermakna pengimportan minyak mentah untuk dijadikan bekalan akan berterusan sehingga beberapa tahun yang akan datang.

Sumber foto : China Money Report

Walaubagaimanapun, persoalan ditujukan buat syarikat penapisan kecil sama ada mereka akan terus mengimport dengan kadar yang sama setakat ini, terutamannya selepas banyak syarikat telah kehabisan kuota rasmi mereka untuk tahun ini.

Tiada permohonan baru untuk kuota import yang diterima sejak bulan Mei, menurut Penyelidik Minyak Thomson Reuters. Ini memberi gambaran yang jelas bahawa pembelian minyak mentah daripada luar negara akan berkurang pada fasa kedua ini.

Sumber foto : Reuters

Isu ekonomi berhubung permintaan bahan api yang lebih tinggi juga meruncing minggu ini, dengan data menunjukkan pengeluaran industri, pelaburan dan jualan runcit semua berkembang pada kadar di bawah konsensus pasaran.


Dapatkan Buku Best-Seller PBAKL17 Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Stok bekalan yang mencukupi, lambakan produk buatan minyak dan peningkatan persaingan runcit mengakibatkan harga bahan api menjadi lebih rendah lalu mendorong kadar import minyak mentah China berada di tahap sederhana pada bulan-bulan mendatang.​


 

Sumber :

Facebook Comments

Loading...