Sebut sahaja Despacito, boleh dikatakan rata-rata penduduk Bumi cukup kenal dengan lagu ini. Hampir setiap masa lagu ini diputarkan di corong-corong radio. Agak payah untuk mengelak daripada mendengar lagu ini sekiranya anda membuka radio di dalam kereta. Mana tidaknya, lagu ini seringkali menjadi juara bagi carta-carta lagu stesen muzik.


Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Lagu yang dinyanyikan oleh Luis Fonsi dan Daddy Yankee ini mendapat 3 billion tontonan di YouTube hanya dalam jangka masa 7 bulan. Rekod video paling banyak ditonton sebelum ini dipegang oleh Wiz Khalifa dan Charlie Puth menerusi lagu See You Again yang merupakan OST filem Fast and Furious 7. Muzik video tersebut mendapat 2.9 bilion tontonan sebelum dipotong oleh Despacito.

Despacito fast 7

Jika anda masih ingat, sebelum ini industri hiburan dunia digegarkan dengan kemunculan muzik video Gangnam Style daripada Psy. Gangnam Style merupakan video pertama yang berjaya memecah rekod satu billion tontonan. Selepas daripada itu, barulah muncul See You Again dan yang terbaru, Despacito.

Despacito psy gangnam style

Yang lebih membanggakan, video Despacito ini mendapat begitu banyak tontonan meskipun lagu tersebut adalah dalam bahasa Sepanyol. Rata-rata pendengar tidak memahami maksud lirik lagu tersebut melainkan mereka sangat fasih dalam bahasa Sepanyol.

Ini sebenarnya menimbulkan satu persoalan yang menarik untuk difikirkan bersama-sama. Apakah keunikan lagu Despacito ini yang berjaya menambat hati para pendengar meskipun mereka tidak faham dengan lirik yang diucapkan ?


Dapatkan Buku-buku Idaman Anda Dengan Diskaun Sehingga 35% Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Mungkin dari segi koreografi atau keindahan latar tempat video turut menjadi faktor video ini kerap ditonton. Bagi anda yang tidak tahu, penggambaran video ini diadakan di La Perla, salah sebuah tempat peranginan menarik di Puerto Rico.

Tidak dinafikan juga melodi dan irama lagu ini yang berunsurkan Latin sangat sedap didengar. Namun, bagi pendengar yang mengkaji maksud di sebalik lirik lagu ini, pasti akan berfikir dua kali sebelum menyanyikannya.

Memang benar apa yang dihebahkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Lirik lagu Despacito ternyata mempunyai unsur lucah yang menjurus kepada gejala sosial tidak sihat.

Apa-apapun, diharapkan para pendengar tidak mudah terpengaruh dengan unsur yang diterapkan dalam muzik dan video Despacito ini.

Despacito

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments