Kajian Dapati Tahap Testosterone Lelaki Menurun Selepas Berkeluarga

75
Sumber : The Huffington Post

Kepada para lelaki di luar sana, ini adalah berita penting yang perlu anda tahu.

Tahniah diucapkan di atas pernikahan anda.

Tahniah juga di atas kelahiran bayi anda.

Tetapi tidak kepada hormon testosterone anda.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Psychoneuroendocrinology baru-baru ini mendapati bahawa kadar testosterone dalam diri lelaki semakin menurun apabila usia mereka meningkat. Lebih memeranjatkan lagi, hormon tersebut menurun dengan lebih laju apabila seseorang lelaki itu mula berkeluarga.

Data kajian itu diperolehi daripada pemerhatian terhadap sejumlah 1,113 lelaki dalam tempoh masa 10 tahun.

Untuk pengetahuan anda, testosterone adalah hormon yang memainkan peranan dalam pertumbuhan sistem reproduksi lelaki serta perkembangan otot fizikal.

Sebelum ini, satu kajian pada tahun 1998 yang dijalankan terhadap bekas-bekas tentera Vietnam menemukan bahawa lelaki yang telah berkeluarga mempunyai tahap testosterone yang paling rendah jika dibandingkan dengan mereka yang masih bujang.

Ini adalah salah satu sebab mengapa lelaki yang telah berkahwin kurang cenderung untuk melakukan kesalahan jenayah.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


Lebih spesifik lagi, kadar testosterone menurun selepas lelaki yang telah berkahwin ini mempunyai bayi. Antara sebabnya adalah para lelaki lebih banyak meluangkan masa menguruskan bayi seperti menukar lampin dan bermain dengan bayi mereka.

Meskipun penemuan ini mungkin merunsingkan lelaki-lelaki di luar sana, ramai saintis berpendapat bahawa ini adalah satu perkara yang bagus.

Menurut Peter Ellison, seorang profesor dalam bidang evolusi biologi di Harvard University, peranan lelaki dalam menguruskan rumahtangga adalah sangat penting kerana ianya membentuk fisiologi lelaki.

Semakin berkurang hormon testosterone dalam diri lelaki akan membuatkan mereka menjadi lebih sensitif dengan keperluan anak-anak kecil dan melindungi keselamatan keluarga mereka daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Sumber : The Dynamic Turnaround

Namun demikian, para lelaki tidak perlu risau kerana penurunan hormon ini tidak akan menjejaskan sifat fizikal tubuh badan mereka ataupun hubungan intim mereka dengan isteri.

Jadi, bertabahlah kepada para suami dan bapa-bapa di luar sana. Kadar testosterone anda mungkin menurun, tetapi ini akan membantu menjadi seorang ketua keluarga yang bagus tanpa anda sedari.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


 

Sumber :

Annie Garau, AllThatIsInteresting.com

Facebook Comments

Loading...