Baru-baru ini, media massa dan juga media sosial hangat membincangkan isu syarat kelulusan Bahasa Melayu yang dikatakan dipandang enteng untuk kerjaya doktor perubatan. Secara spesifik, isu ini timbul dek keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengumumkan kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu bagi pelantikan secara kontrak untuk jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41.

Kelonggaran ini khususnya diberikan kepada graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan subjek Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah memberi persetujuan terhadap perkara itu pada 23 Februari 2017.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Termurah Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Jika dilihat daripada sudut tinta kaca yang berbeza, kelonggaran ini diberikan atas sebab-sebab tertentu. Salah satu sebab utamanya adalah untuk memberi ruang kepada perlantikan secara kontrak bagi jawatan Pegawai Perubatan untuk warganegara Malaysia yang telah menjalani persekolahan di luar negara, menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa, Bahasa Melayu di universiti dan beberapa kategori lain.

Selain itu, kelonggaran ini juga sebagai langkah daripada mengelakkan negara daripada hilang kepakaran ratusan graduan dalam bidang perubatan setiap tahun. Dianggarkan kira-kira 300 graduan perubatan yang terlibat berhubung perkara tersebut.

Mengikut Akta Perubatan 1971 memperuntukkan di bawah Seksyen 13 (2) bahawa seseorang graduan perubatan yang diberi Pendaftaran Sementara oleh Majlis Perubatan Malaysia wajib menjalani dan melengkapkan latihan siswazah dengan kompeten sebelum boleh diberi Pendaftaran Penuh sebagai seorang Pegawai Perubatan yang bertauliah.

Seksyen 40 Akta itu juga menetapkan bahawa Pegawai Perubatan perlu juga menjalani khidmat wajib di dalam sektor awam setelah diberi Pendaftaran Penuh.

Sudah tentunya, kelonggaran ini secara langsung hanya akan melibatkan pegawai perubatan secara kontrak 2 tahun latihan (housemanship) dan 2 tahun khidmat di sektor awam.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Termurah Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Akan tetapi, sekiranya pegawai perubatan ingin diserap sebagai pegawai perubatan tetap, maka mereka mestilah lulus dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM. Iini merupakan penambahbaikan yang diperkenalkan oleh KKM.

Sebelum ini, pegawai perubatan boleh dilantik tanpa syarat perlu lulus Bahasa Melayu kerana pada waktu itu negara terpaksa mengimpot doktor warga asing disebabkan negara kekurangan doktor.

Sumber : Utusan Online

Seperti yang dijangka, sesetengah pihak mengemukakan bantahan di atas kelonggaran yang diperkenalkan kerana mereka mendakwa kelonggaran syarat itu seperti mencabar kedudukan, martabat serta keistimewaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Terdapat juga segelintir yang menjangkakan akan timbul masalah komunikasi antara pegawai perubatan dan pesakit sekiranya syarat lulus Bahasa Melayu dipandang sebelah mata. Jika diteliti, proses mendapatkan taraf lulus untuk subjek BM bukanlah semudah yang disangka bagi graduan yang ingin menduduki semula peperiksaan SPM.

Untuk mendapatkan sijil SPM, mereka tidak boleh mendaftar satu subjek BM semata-mata malah mereka juga perlu mendaftar untuk 5 subjek teras yang lain termasuklah Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam ataupun Moral.

Dengan mengambil kelima-lima subjek teras ini, barulah mereka akan mendapat sijil SPM jika lulus dalam BM dan Sejarah.

Ini bermakna mereka perlu belajar kembali subjek-subjek di sekolah menengah yang sebahagian besarnya tiada kepentingan bagi pelajar dalam jurusan perubatan ini.

Ikuti ringkasan maklum balas serta penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung isu ini di bawah:

Notis: Artikel di bawah adalah ringkasan sahaja. Untuk penjelasan yang penuh, boleh dapatkan di pautan inihttps://goo.gl/ew6goz

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum pendapat yang diutarakan beberapa pihak berkenaan kenyataan KKM mengenai keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran syarat kelayakan Lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di KKM.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Termurah Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Adalah dimaklumkan bahawa Akta Perubatan 1971 telah memperuntukkan di bawah Seksyen 13 (2) bahawa seseorang graduan perubatan yang diberi Pendaftaran Sementara oleh Majlis Perubatan Malaysia wajib menjalani dan melengkapkan latihan siswazah dengan kompeten sebelum boleh diberi Pendaftaran Penuh sebagai seorang Pegawai Perubatan yang bertauliah.

Susulan pengumuman Bajet 2017 pada Oktober 2016, graduan perubatan kini adalah dilantik secara kontrak sebagai Pegawai Perubatan UD41 untuk menjalani latihan siswazah selama 2 tahun dan khidmat wajib selama 2 tahun.

Sekiranya seorang graduan perubatan tidak dapat menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk mengamal sebagai seorang Doktor Perubatan di Malaysia.

Oleh itu, kelonggaran syarat kelayakan Lulus BM di peringkat SPM untuk pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 ini akan membantu melancarkan lantikan kontrak bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab.

Sebelum ini, kelonggaran juga pernah diberi bagi lantikan tetap Pegawai Perubatan ke perkhidmatan awam, memandangkan pada masa tersebut terdapat kekurangan yang akut bagi bilangan Pegawai Perubatan untuk menampung keperluan perkhidmatan yang kritikal.


Dapatkan Buku Best-Seller Di PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Termurah Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Namun begitu, sejak awal tahun ini kelonggaran tersebut telah diketatkan semula bagi lantikan secara tetap sebagai Pegawai Perubatan di KKM, di mana calon perlulah Lulus BM di peringkat SPM.

Justeru, keputusan ini adalah selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan memartabatkan bahasa rasmi Persekutuan ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32).

Sumber : Dr Novandri Hasan Basri

Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here