Kemurungan. Satu keadaan yang cukup menyeksakan bagi sesiapa yang merasainya. Baru-baru ini masyarakat dunia digemparkan dengan berita peyanyi utama kumpulan Linkin Park iaitu Chester Bennington yang membunuh diri gara-gara dihimpit masalah kemurungan.

Ini jelas menunjukkan bahawa kemurungan bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang enteng. Kegagalan dalam menanganinya mampu membuatkan seseorang individu bertindak di luar kawalan.

Chester Bennington dipercaya menggantung dirinya kerana masalah depression

Jika diteliti, kemurungan berpunca daripada tindak balas tubuh badan terhadap stress. Meskipun kemurungan secara umumnya boleh dirawat, namun kesannya sangat parah jika dibiarkan terlalu lama.


Terlepas Untuk Berkunjung ke PBAKL17 Yang Lalu? Jangan Risau, Dapatkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Eksklusif Hanya di Daulah Online Bookstore!


Sedar ataupun tidak, individu yang sering mengalami kemurungan secara tidak menentu akan menerima kesan buruk dalam kehidupannya baik dari segi mental ataupun fizikal. Walaubagaimanapun, menangani kemurungan bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat juga cabaran-cabaran yang harus ditempuhi.

“kemurungan bukanlah satu penyakit yang boleh dipandang enteng”

Namun, anda bernasib baik sekiranya anda gemar membaca buku. Ini kerana membaca buku adalah satu penawar bagi merawat masalah kemurungan ini.

Ayuh kita singkapi bagaimana membaca buku dapat membantu anda menangani masalah kemurungan.

1. Membaca Menurunkan Kadar Degupan Jantung Dan Merehatkan Tubuh Badan

Meskipun masalah kemurungan ini sering dikaitkan dengan keadaan mental, namun ianya turut memberikan kesan kepada aspek fizikal. Contohnya seperti menaikkan tekanan darah dan juga melajukan kadar degupan jantung.

Kajian menunjukkan bahawa selepas membaca, degupan jantung akan menjadi lebih perlahan. Bukan itu sahaja, membaca juga dapat merenggangkan otot-otot yang tegang.

Kesan ini berlaku tidak kiralah anda membaca apa-apa jenis kategori bacaan sekalipun. Justeru, jangan khuatir untuk membaca buku yang bukan daripada genre kegemaran anda kerana kesannya tetap sama.

2. Membuatkan Anda Bebas Dari Realiti Buat Seketika

Harus diingat, semua manusia tidak dapat lari daripada ditimpa masalah. Namun, meluangkan masa yang banyak untuk melayani kemurungan itu hanya akan mendatangkan kesan yang lebih teruk.

Sebaiknya, luangkan masa untuk mengelakkan minda daripada terus berfikir tentang perkara tersebut.


Terlepas Untuk Berkunjung ke PBAKL17 Yang Lalu? Jangan Risau, Dapatkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Eksklusif Hanya di Daulah Online Bookstore!


Dengan membaca buku, anda dapat menjiwai perwatakan karakter yang diceritakan. Anda juga dapat merasai perasaan yang dilalui oleh sesebuah karakter itu dalam menempuhi liku-liku hidupnya.

“Kegagalan dalam menangani kemurungan mampu membuatkan seseorang individu bertindak di luar kawalan”

Pendek kata, anda dapat menjadi ‘orang lain’ dengan membaca buku. Ini adalah teknik yang sangat berkesan bagi mengelakkan anda daripada terus dihimpit perasaan murung.

3. Membuatkan Anda Menjadi Lebih Bertolak-ansur

Bagi kebanyakan orang, mereka malu untuk mengakui dan menceritakan masalah kemurungan yang dihadapi mereka kepada orang lain. Mereka sering menyalahkan diri sendiri di atas nasib yang menimpa diri mereka itu.

“menangani kemurungan bukanlah satu perkara yang mudah”

Justeru, kajian mendapati bahawa membaca dapat meningkatkan sifat empati dalam diri. Empati adalah satu sifat di mana manusia memahami kesusahan yang ditanggung orang dengan meletakkan diri di tempat mereka.

Sifat ini bukan sahaja dapat membantu orang di sekeliling anda sahaja malah dapat membantu diri anda juga. Sifat empati akan membantu anda berfikir dengan lebih matang melihat dunia dengan perspektif yang baru pada masa yang sama.

4. Menurunkan Kadar Stress Dengan Menghilangkan Tension

Seperti yang ditegaskan sebelum ini, kemurungan adalah tindak balas semulajadi terhadap stress. Jika banyak masalah stress yang dialami, maka makin parah lah masalah kemurungan yang akan timbul. Justeru, fokus harus diletakkan kepada cara-cara mengurangkan stress.

“kemurungan berpunca daripada tindak balas tubuh badan terhadap stress”

Apakah salah satu cara terbaik yang boleh membantu badan untuk relaks ? Sudah tentunya dengan membaca.


Terlepas Untuk Berkunjung ke PBAKL17 Yang Lalu? Jangan Risau, Dapatkan Buku-buku Best-Seller Idaman Anda Dengan Harga Eksklusif Hanya di Daulah Online Bookstore!


Kajian sains telah membuktikan bahawa membaca selama enam minit dapat menurunkan kadar stress sebanyak 60%. Ini bermakna membaca buku adalah 68% lebih efektif berbanding mendengar muzik, 100% lebih baik daripada minum teh dan 300% lebih baik daripada pergi bersiar- siar.

Meskipun membaca bukanlah penawar yang spesifik kepada kemurungan, tetapi amalan membaca ini sedikit sebanyak dapat membantu individu untuk menenangkan diri daripada terus dihimpit belenggu kemurungan. Latihlah diri agar menjadi terbiasa dengan amalan membaca kerana banyak manfaat yang anda dapat perolehi melalui amalan membaca ini.

Sekiranya anda menghadapi masalah kemurungan, jangan segan silu untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Jangan biarkan masalah anda semakin berlarutan kerana banyak kesan negatif yang akan berlaku kepada anda.

Akhir kalam, menangani kemurungan adalah bukan mudah, tetapi ianya menjadi lebih mudah dengan adanya buku.

________________________________________________________________________

Sumber : Bustle Books

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here