Sepanyol dilanda serangan keganasan yang terburuk dalam tempoh 10 tahun pada hari Khamis lalu, apabila seorang pemandu van memandu laju dan merempuh berpuluh-puluh orang awam yang sedang bersantai di salah sebuah jalan utama di Barcelona. Serangan keganasan tersebut telah membunuh 13 orang dan mengakibatkan 80 orang lagi mengalami pendarahan teruk.

Sumber foto : The Independent

Beberapa jam selepas itu, polis Sepanyol berjaya menggagalkan serangan kenderaan kedua di pinggir bandar Cambrils dengan menembak mati 4 pengganas. Pengganas yang kelima mati akibat luka dan cedera parah. Suspek-suspek tersebut kelihatan memakai tali pinggang peledak yang kemudiannya didapati palsu. 6 orang awam dan seorang anggota polis cedera dalam insiden itu, menurut khidmat kecemasan.

Saksikan video di bawah yang merakam detik-detik cemas ketika kota Catalan itu diserang pengganas.

Sumber video : CNN 

Serangan ke atas Barcelona ini adalah yang keenam dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini di mana penyerang-penyerang menggunakan kenderaan sebagai senjata keganasan mereka.

ISIS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan ke atas Barcelona yang telah mencetuskan huru-hara di kota yang terkenal dengan kedamaian itu. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan pemimpin-pemimpin Barat yang lain dengan lantang mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan berjanji akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada Sepanyol.


Dapatkan Koleksi Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!


 

Sumber : nytimes 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here