Tips Untuk ‘Beginners’ DSLR…

Mempunyai kemahiran dalam bidang fotografi sememangnya satu perkara ataupun hobi yang seronok. Mengambil gambar-gambar yang menarik dan memukau mata menggunakan DSLR pastinya menjadi satu kepuasan bagi mereka yang sukakan bidang ini.

DSLR

Sekiranya anda mempunyai DSLR tetapi masih di tahap beginner, di sini kami kongsikan 3 tips kepada anda untuk meningkatkan skil fotografi anda.

1.Jangan Terlampau Obses Dengan Lens Mahal Dan Alatan Kamera Canggih

Terlalu banyak lens dan alatan yang anda beli akan mengganggu perkembangan skil fotografi anda. Anda sepatutnya biasakan diri dengan setting DSLR anda dan fungsi-fungsinya terlebih dahulu. Pastikan anda faham akan konsep aperture, shutter speed dan ISO sebelum anda mula membeli alatan-alatan fotografi yang canggih.

DSLR

Sebaiknya, luangkan masa mendalami fungsi DSLR anda dalam manual mode. Ini membolehkan anda membuat sendiri setting aperture, ISO dan shutter speed mengikut situasi yang anda inginkan. Percayalah, tiada jurukamera profesional yang menggunakan automatic mode sepenuhnya.

DSLR
Manual mode bagi DSLR

Anda kena ingat, membeli lens dan alatan DSLR yang mewah tidak akan menambahkan skil fotografi anda. Sesebuah gambar yang diambil adalah cantik kerana kemahiran orang yang mengambilnya, dan kamera hanyalah sebagai alat sahaja.

BACA JUGA :   TUKAR SELERA KEPADA KOPI MENTEGA YANG BANYAK KHASIAT

DSLR

Kesemua alatan-alatan canggih tersebut hanya berbaloi digunakan apabila anda sudah mahir dengan perkara asas dan mahu menceburi genre fotografi yang lebih spesifik.

2.Fokus Kepada Genre Fotografi Yang Anda Minat

Apabila anda memasuki bidang fotografi, anda akan mula tahu serba sedikit tentang perkara asas dan komposisi foto. Lama kelamaan, anda akan mula timbul rasa minat untuk beralih kepada genre fotografi kegemaran anda sama ada fesyen, landskap, hidupan liar, makanan dan banyak lagi.

Genre makanan
Genre flora dan fauna di hutan

Memasuki sesuatu genre fotografi ini adalah satu perkara yang sangat bermanfaat kerana anda dapat memberi fokus dan tenaga yang lebih kepada genre yang anda minat. Selain itu, anda akan dapat belajar banyak perkara baru melaluinya dan hasil foto anda akan menjadi lebih berkualiti.

BACA JUGA :   Tips Melegakan Hidung Berair dan Tersumbat

3.Jangan Gunakan Built-in Flash

Sejujurnya, menggunakan built-in flash DSLR selalunya akan merosakkan gambar. Jadi, jangan sesekali gunakannya sekiranya tidak perlu.

DSLR

Cahaya semulajadi sebenarnya adalah sumber cahaya yang terbaik, melainkan anda berada di dalam studio di mana anda perlu bergantung kepada cahaya flash.

DSLR
Mengambil gambar di dalam studio

Satu lagi, untuk mendapatkan cahaya yang lembut dan cantik, kami sarankan anda gunakan softbox. Softbox berfungsi mengurangkan bayang, contrast dan akan menghasilkan gambar yang cukup cantik. Untuk genre produk, makanan dan fesyen, penggunaan softbox adalah sangat digalakkan.

DSLR
Softbox

Kami dari Team Deenamik berharap tips-tips yang diberikan akan dapat membantu anda mengasah kemahiran fotografi anda. Terima kasih kerana membaca dan jumpa lagi dalam artikel yang akan datang.

BACA : Ketahui Cara-cara Mencerahkan Gambar Dalam Photoshop Dengan Mudah

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan tips-tips fotografi dan juga bidang-bidang lain.

Berminat untuk beriklan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : Sleeklens.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here