Anak Buat Husam Musa Tak Senang Duduk
Anak seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (PAN) iaitu Datuk Husam Musa yang juga wakil rakyat di sebuah kawasan di negeri Kelantan direman selama empat hari kerana disyaki memiliki 200 biji pil kuda.
Pemuda berusia 29 tahun itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah ini di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong pada pukul 3.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata lelaki tersebut ditahan selepas pihaknya membuat tinjauan di kawasan itu dan mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan yang sangat mencurigakan.
Apabila anggota polis memperkenalkan diri, dia cuba melarikan diri dan bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan.
“Dia enggan memberikan kerjasama. Bagaimanapun kita berjaya menahan lelaki ini”, ujar Ismail.
Ismail berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penangkapan itu.
Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan satu balutan kertas tisu berwarna putih dalam poket seluar suspek. Bungkusan itu mengandungi satu paket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau disyaki dadah jenis pil kuda.
Menurut Datuk Husam Musa, beliau tidak tahu menahu perihal penahanan anaknya, Ahmad Shafi yang dilaporkan direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda.
Katanya, beliau hanya mendapat maklumat mengenai perkara tersebut apabila seorang kenalan menghantar imej laporan sebuah portal berita melalui WhatsApp.
Husam juga memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anaknya itu pada waktu terdekat sekiranya diizinkan polis serta mendapat penerangan sebenar isu tersebut dari pihak polis.
Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Mudah sahaja, cuma hubungi kami di admin@deenamik.com