Chef Wan Mengamuk Lagi
Demam Gegar Vaganza kini semakin dirasai kehangatannya. Minggu pertama sahaja, pelbagai ‘drama’, lawak, serta persembahan yang memukau penonton ditambah dengan Chef Wan dijemput menjadi juri undangan.
Kesemua 12 peserta yang bertanding memberikan persembahan padu hingga para juri malam itu rata-ratanya memuji setiap persembahan daripada para peserta.
Namun, dalam keseronokan persembahan yang dihidangkan, terpalit cerita yang agak ‘kurang enak’ untuk didengar. Cara pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang terlampau ‘over’ itu lantang dikritik Chef Wan menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya .
“Malam tadi, barulah saya ada peluang menonton konsert minggu pertama. Saya akui memang seronok. Inilah kali pertama saya menjadi juri untuk pertandingan seperti ini dan agak gementar jugalah”, ujar Chef Wan.
“Dalam rasa tu, saya cuba untuk rileks dan bersikap jujur dalam setiap komen saya, cuma saya perhatikan pengacara Nabil dan Jihan ‘agak over’ ketika mengacara,” katanya.
Perlu Hormati Juri Dan Penonton
Nasihat Chef Wan, seharusnya dua hos ini bijak menjaga kata-kata dan perbuatan apabila mengacarakan rancangan yang mempunyai ramai penonton ini.
“Saya rasa Nabil perlu banyak berlatih lagi. Tak manis bergurau dengan Datuk Ramli MS begitu memandangkan beliau jauh lebih berumur daripada mereka”
“Jangan buat lawak yang bukan-bukan hingga boleh menjengkelkan. Bila juri sedang komen, berilah peluang untuk kami bersuara,” katanya yang mendapat lampu hijau daripada pengurusan Astro untuk melontarkan pendapat walaupun bukan gilirannya.
Chef Wan turut mengakui beliau terpaksa menunggu lama untuk memberikan komen tentang persembahan peserta namun perkara itu tidak dapat dibuat kerana pengacara selalu mencelah dan bercakap terlalu lama.
“Begitu juga, juri tetap, Ibu Hetty (Hetty Koes Endang) herdik sampai kata… kasi ibu omong sekarang, bisa!
“Bukan sekali tetapi dua kali perkara itu terjadi. Saya rasa beliau kecewa dengan drama-drama pengacara ini yang tak henti-henti menjadikan suasana atas pentas itu kecoh tak tentu pasal,” ujarnya.
“Saya juga tengok macam mana Hazami seakan marah dengan tindakan Nabil yang mengusik kepalanya semasa di atas pentas”
“Tolonglah, tunjukkan rasa hormat dengan penonton dan peserta yang lebih senior dari kamu. Kamu berdua pasangan pengacara yang bagus, jaga batasan dan jangan terlalu sangat mengusik juri,” katanya.
Gegar Vaganza musim keempat ini membariskan penyanyi profesional seperti Aishah, Liza Hanim, Lan Kristal, Tia Jinbara, Ferhad, Firman, Raja Azura, Aqasha dan ramai lagi.
Dipentaskan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Gegar Vaganza mendapat tajaan dari Pamoga dan diadili dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan penghibur dari Indonesia Hetty Koes Endang.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Sumber :