Daripada luaran, Daniel Hakimi Mohd Rostam, 12 kelihatan sama seperti murid lain sebayanya namun hakikatnya murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Gading, mengalami autisme yang menyebabkan perkembangannya agak lambat.

Bagaimanapun, Daniel mempunyai bakat yang membuatkannya berjaya mencapai beberapa kejayaan membanggakan dan pernah bersaing di luar negara termasuk Thailand dan Singapura.

Bapanya, Mohd Rostam Hassan, 37, berkata, bakat anak kedua itu mula disedari ketika dia mengikuti abangnya bermain bola sepak pada setiap minggu.

Daniel Hakimi
Sumber foto: Harian Metro

Pada mulanya abangnya hanya mahu Daniel bergaul dengan masyarakat luar memandangkan kanak-kanak itu gemar menyendiri dan hidup dalam dunianya kerana penyakit yang dihadapinya.

“Lama-kelamaan Daniel menunjukkan minat dalam sukan itu namun lebih kepada peranan sebagai penjaga gol dan saya membuat keputusan menghantarnya mengikuti latihan secara intensif sebelum dia terpilih bermain untuk pasukan Shahzan Junior pada 2014,” kata bapanya.

Bermain bersama pasukan Shahzan Junior membawa Daniel Hakimi beraksi dalam Festival Bola Sepak Remaja Antarabangsa di Bangkok, Thailand, pada Mac lalu dan berjaya meraih tempat ketiga.

BACA JUGA :   Siapa Kata Autisme Tidak Mampu Berdikari? Mereka Juga Mempunyai…
Daniel Hakimi
Sumber foto: MStar

Malah, bakat yang ada pada anak jati Kuantan itu turut diintai pasukan luar apabila dia dipinjamkan kepada pasukan Negeri Sembilan Inspire untuk bermain dalam Piala Singa di Singapura bagi kategori bawah 12 tahun baru-baru ini dan muncul juara.

Anaknya yang senang dengan panggilan Abang Mi itu banyak menunjukkan perubahan positif dan sudah mampu bergaul dengan orang lain serta berdikari.

Namun Daniel Hakimi perlu diberikan penerangan sejelasnya sebelum menjalani latihan kerana adakala pemahamannya tidak sama seperti pemain lain malah kerap kali juga dia tersalah tafsir arahan diberikan sehingga membuatkan emosinya terganggu.

Pada hari Ahad yang lalu, Daniel Hakimi menerima anugerah Tokoh Kokurikulum sempena Hari Kecemerlangan SK Jaya Gading.

Daniel Hakimi
Sumber foto: MStar

Sementara itu, ibunya Norul Huda Md Daud, 34, berkata masalah autisme Daniel mula dikesan sejak dia berusia dua tahun. Namun dia dan suaminya mahu menafikannya dan menganggap anak mereka normal.

BACA JUGA :   iKurnia: "Sekolahkan" Masyarakat Dan Polis Tentang Autisme

“Namun, apabila menginjak usia lima tahun baru kami merasakan perlu melakukan sesuatu apabila Abang Mi tidak dapat memahami arahan yang ringkas sebelum dia disahkan mengalami masalah itu oleh doktor pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Untuk menutup kisah ini, Norul Huda berharap pihak sekolah dapat memberikan peluang kepada murid yang mengalami masalah berkenaan untuk mengikuti apa saja aktiviti sama seperti murid normal lain.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari HM

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here