KUALA LUMPUR – Berita mengenai pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, heboh diperkatakan sejak minggu lalu.

Akhirnya dengan izin Allah pasangan ini selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam tadi.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Fattah

Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenaan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura, sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

BACA JUGA :   Fattah Amin, Fazura Bakal Jawab Gosip Pernikahan Mereka Sejurus Pulang Dari Menunaikan Umrah

Berikutan sidang media yang diadakan pada minggu lepas, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat, manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Fattah

Menurut Fattah Amin, mereka juga akan mengadakan resepsi sebanyak tiga kali, secara tertutup hanya untuk ahli keluarga, majlis untuk siding media dan khas buat peminat mereka jika tiada aral melintang.

Kronologi kisah cinta

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Fattah

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

BACA JUGA :   Faezah Elai Pula Dihentam Netizen Akibat Body Shaming

Hal ini sekaligus menguatkan ikatan antara pasangan tersebut, Fattah akhirnya dapat membuka hati Fazura untuk bernikah dan mendirikan rumah tangga. Pelakon wanita itu juga mengatakan bahawa Fattah adalah lelaki yang baik dan Fazura menerima Fattah dengan sekali lamaran.

Semoga pasangan ini bahagia mendirikan rumah tangga dan sentiasa diberkati oleh Allah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari BH

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here