Menjaga kesihatan badan amat penting sama seperti pentingnya menjaga kesihatan kepala terutama jika anda mempunyai migrain.
Apa yang anda fikirkan jika anda membaca symptom-simptom tersebut? Berdenyut di kepala, sangat sensitif kepada cahaya matahari, bunyi dan bau atau mual-mual?
Migrain adalah perkara paling perit yang boleh berlaku kepada anda. Sesiapa yang mengalami migrain sejak kanak-kanak pasti memahaminya.
Bagi sesetengah pesakit, mereka akan memastikan bahawa tidak akan meninggalkan makan pagi, tengah hari dan malam, sentiasa minum air secukupnya dan mengawal kadar tekanan.
Seperti yang anda ketahui, kadang-kadang kita tidak boleh lari dari tekanan. Mempunyai kerja yang bertimbun dan kehidupan yang penuh dengan cabaran sentiasa akan hadir tanpa diduga.
Anda perlu tahu bahawa sesetengah makanan seperti MSG boleh menyebabkan migrain. Makanan juga boleh memberikan kesan yang baik dan buruk kepada diri anda.
Satu kajian dari “American Migraine Institute, NPR, dan artikel dari “Spoon University”, terdapat 5 hidangan yang boleh membantu penyakit migrain.
- Pisang
Pisang mempunyai kadar potasium tinggi yang boleh membantu penyakit anda. Anda boleh mengambil sekali atau dua dalam sehari. Seorang wanita pernah mencuba dan dia berkata bahawa mengambil pisang sebagai makanan harian tidak menyebabkan sakit kepala dan dia berasa amat bersyukur.
- Yogurt
Buat anda yang sering lapar, bolehlah mencuba untuk mengambil yogurt untuk makan pagi kerana ia sangat membantu anda untuk kenyang dengan lebih lama. Menahan lapar yang berpanjangan akan menyebabkan migrain.
- Kopi
Bagi sesetengah orang, mereka merasakan kopi perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan migrain tetapi sesetengah orang juga mengatakan bahawa kopi sangat membantu. Mereka akan bangun pagi dengan sakit kepala, tetapi selepas mengambil secawan kopi ia mengawalnya dengan baik sekali.
- Air Kosong
Kurang pengambilkan air kosong akan menyebabkan migrain menyerang dengan lebih pantas. Anda perlu minum air secukupnya pada setiap pagi dan malam. Jika anda kerap minum air kosong, perubahan ketara dapat dirasakan apabila anda bangun pada keesokan harinya.
- Biji Labu
Pilihan ini dibuat oleh artikel “Spoon University” yang mengatakan bahawa biji labu mempunyai kadar magnesium yang tinggi dan memberikan nutrient kepada sesiapa yang mengalami penyakit ini. Jika anda sedang melakukan kerja dan cuba untuk mengelakkan tekanan, bolehlah cuba untuk mengambil biji labu sebagai makanan ringan.
Buat anda di luar sana, mungkin anda boleh cuba untuk mengambil hidangan ini untuk mengubat penyakit anda. Saya hanya membantu, anda yang mengubahnya.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Jika anda ingin membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, sila layari https://spoonuniversity.com